PAS tetap teruskan perjuangan bersama Pakatan walaupun 'terguris'...Presiden Kena Saman Pun OK?

Inilah dikatakan Jadi BALACI dan PAK TURUT sehingga Presiden PAS pun disaman oleh rakan sendiri.Bayangkan lah masih kata perjuangan bersama...hu hu hu.

SHAH ALAM: Meskipun pengorbanan mereka untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ketika krisis jawatan Menteri Besar dipandang sepi oleh rakan-rakan komponennya, PAS bertekad tidak akan ambil hati dengan tindakan PKR dan DAP.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata parti itu kini mahu memandang ke depan dengan memperkukuhkan kerjasama di antara tiga parti berkenaan untuk mempertahankan kerajaan sedia ada.

"Walaupun terpaksa menghadapi tekanan dan tohmahan PAS telah memilih untuk kekal di dalam kerajaan ketika krisis tersebut semata-mata untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidka dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri melalui pintu belakang.

"Jika PAS tidak melakukannya, maka belum tentu kerajaan di Selangor hari ini adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sama ada pengorbanan PAS itu diharga atau sebaliknya tidak penting. Sejarah akan menilai segala tindakan kita.

"Walaupun tersentap tetapi PAS tidak berdendam. PAS berjiwa besar dan memahami keperluan untuk 'move forward' perlu diutamakan. Kerajaan negeri di bawah pentadbiran yang baru perlu dimantapkan," katanya di dalam satu kenyataan sempena Sambutan Ulangtahun PAS ke-63, hari ini.

Percanggahan pendirian antara PAS-PKR-DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor dilihat memburukkan kerjasama ketiga-tiga parti berkenaan di dalam Pakatan Rakyat.

Ini berikutan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamakan salah seorang ADUN PAS Selangor untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hal tersebut sekaligus membelakangi keputusan bersama PKR dan DAP sebelum ini yang hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Bukan itu sahaja, tindakan empat exco yang kekal bersama Khalid ketika di penghujung pentadbirannya dikecam hebat oleh DAP dan PKR.

Kini kesetiaan PAS bersama dua parti berkenaan diuji lagi berikutan tuntutan DAP yang mahu penambahan satu lagi kuota bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

DAP mendakwa ia sebagai menuntut janji Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali sebagai penghargaan parti itu yang teguh bersama PKR di dalam kemelut jawatan nombor satu negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana