PAS, DAP dan PKR perlu terus bersama untuk menang PRU14 - Mustafa Ali...Kena Hina dan SAMAN pun Setia Lagi?

PETALING JAYA: Parti kompenan Pakatan Rakyat perlu bersama demi meraih kejayaan pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Untuk itu, beliau memberi jaminan PAS tidak akan keluar daripada jalinan kerjasama Pakatan Rakyat, sekaligus menepis desas-desas gabungan gagasan itu akan musnah menjelang PRU14.

"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.

"Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.

"Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Kita boleh berbincang jika ada sebarang permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas beliau.

Selasa lalu, ahli politik veteran DAp, Lim Kit Siang berkata beliau bimbang, kerjasama PAS, DAP dan PKR akan terkubur sebelum sempat PRU14 yang dijangka pada tahun 2008, berlangsung.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain bingkas menangkis kebimbangan kit Siang itu dan berjanji gagasan itu akan tetap berganding bahu seperti tahun-tahun sebelumnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana