Pakar bius, pesakit Hospital Kuala Krai terperangkap akibat air banjir

HAH ALAM: Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan ribuan mangsa kini masih terperangkap dan pasukan menyelamat pula sukar untuk masuk ke lokasi terjejas akibat arus deras.

Seorang pakar bius di Hospital Kuala Krai, Adibah Abdullah, melaporkan dalam laman Facebooknya, banjir kini mengancam bukan sahaja hospital tetapi juga pesakit, terutama mereka yang menerima sokongan nyawa (life support).

Laporan Adibah kini menjadi viral di aplikasi whatsapp.

Katanya, sehingga kini bantuan masih belum tiba di hospital berkenaan.

"Sesetengah ibu kami sudah mula menangis, tetapi kami belum bimbang tentang mati. Belum, belum lagi, tetapi air terus naik,"katanya

Dimaklumkan banjir di Kelantan khasnya di Kuala Krai disifatkan paling teruk dalam sejarah apabila ia melibatkan semua kawasan.

Adibah turut menceritakan keadaan di hospital berkenaan semenjak semalam yang sudah terputus bekalan elektrik dan kebimbangan pihak hospital terhadap pesakit.



[24/12 20:07] adibah ab1:

Air memang masih menaik. Keluarga saya dah lari atas bukit. Kami kat hospital masih bertahan..bot pon  tak boleh sampai bawa bantuan sebab arus laju sangat.



[24/12 20:07] adibah ab1:

Dengarnye army akan hantar bantuan melalui helikopter. Kalau air tak surut-surut. Esok mungkin akan evacuate patient (pindahkan pesakit) dengan helikopter sebab bekalan oksigen pun tak tahan lama.

[24/12 20:09] adibah ab1:

Bekalan elektrik dah putus satu bandar (Kuala Krai). Kami kat hospital guna generator... mungkin tahan 24-48 jam, jimat cermat.

Talian telefon slow-slow (perlahan-lahan) nak putus dah, landline TM dah tak berfungsi. Maxis dan Digi takda line. Celcom boleh lagi sikit-sikit.

[24/12 20:11] adibah ab1:

Kalau tengok berita, mereka tak cerita sangat pun how bad things are over here (bagaimana teruknya keadaan di sini). They kept saying that situations are bad (Mereka terus berkata, situasi sangat teruk)...tapi khabar berita tentang berapa teruk tu tak diberitahu pun.

Orang sebarkan berita melalui Whatsapp dan Facebook...it's like the nation doesnt really care. (seolah-olah negara tidak ambil peduli).

Sibuk nak sambut tahun baru dengan artis?

[24/12 20:14] adibah ab1:

My staff are working round the clock (Kakitangan saya bertugas 24 jam). Orang sama je tak henti henti kerja. Dapur gelap gelita...untuk masak untuk beratus-ratus orang, kami cari lampu suluh dari wad, dari dewan bedah, dari ICU.

Kat Manek Urai (di Kuala Krai)...beribu-ribu orang berlindung kat sekolah yang hampir tenggelam, duduk atas bukit yang hampir tenggelam.

Sebuah heli bantuan pun tak nampak.



[24/12 20:18] adibah ab1:

Kami doktor bius duk fikir tentang patient icu. Bernafas dengan mesin. Kat Kota Bharu, Hospital USM, semua dah penuh.

Air pun dah makin naik kat Kota Bharu...diorang tengah fikir nak pindahkan berpuluh-puluh patient yang bernafas dengan mesin kat sana, nak pindah ke mana.



[24/12 20:23] adibah ab1:

Semalam ada pesakit meninggal, jasad dah hantar keluar dengan bot bomba, keluarganya masih terdampar kat hospital. Tak tahu nak pergi ke mana.

Hospital ni adalah tempat paling selamat di bandar Kuala Krai sekarang.

Kami masih ok...masih boleh fikir tentang makan, tentang pakaian, tentang ubat.

Belum fikir tentang mati dan tenggelam, tapi kami dah telefon keluarga masing-masing....pesan-pesan...kirim salam. Some of our mothers are crying, but we are not yet worried about us dying. No, not yet, but the water keeps rising (sesetengah ibu kami sudah mula menangis, tetapi kami belum bimbang lagi tentang mati. Belum, belum lagi, tetapi air terus naik).

Selagi masih ada talian celcom/wifi, I'll try to tell our stories here. (saya akan cuba hantar cerita kami kat sini)

Doakan kami deh. Kami dan keluarga kami... some of us here (sesetengah kami di sini), rumah-rumah dah lesap tenggelam, kenderaan dah tenggelam.

Selain itu, mesej-mesej memohon pertolongan juga disebarkan melalui suara yang disebarkan melalui laman sosial.

Setakat ini usaha Antarapos Majlis Keselamatan Negeri dan Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) untuk me

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana