Occupy UM8 gagal, mahasiswa timbang saman UM....Pelik...Siapa yang Langgar Undang Undang Ni

SHAH ALAM: Mahasiswa Universiti Malaya (UM) merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan selepas bantahan mereka menerusi 'Occupy UM8' gagal mendapat respon.

Jurucakap kumpulan itu, yang juga Presiden Persatuan Pelajar Islam UM, Khairol Najib Hashim, berkata, tindakan undang-undang dilihat jalan terakhir setelah mereka berkhemah sejak Jumaat.

"Protes 'Occupy UM' berakhir petang semalam, tetapi tuntutan kami supaya hukuman dan denda yang dikenakan terhadap UM8 ditarik balik tidak dilayan.

"Walaupun ramai pelajar mengambil bahagian di dalam protes ini dengan berkhemah di luar pagar Kuala Lumpur universiti, pihak berkuasa yang berkaitan tidak memberi sebarang respon," katanya.

Semalam, kira-kira 70 pelajar berarak dari pintu gerbang arah Kuala Lumpur universiti itu menuju bangunan pentadbiran yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, Prof Datuk Dr Rohana Yusof, namun tiada hasil.

Daripada 8 pemimpin pelajar yang terlibat dalam prosiding tatatertib, seorang digugurkan pertuduhannya manakala Khairol hanya diberi amaran.

Empat lagi didenda RM150 sementara hukuman paling berat dikenakan terhadap bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UM Fahmi Zainol dan Pengerusi Pro-Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin.

Fahmi digantung pengajian dua semester dan didenda RM600 manakala Safwan digantung satu semester dan didenda RM300.

Panel disiplin UM yang menjatuhkan hukuman itu pada 9 Disember memutuskan penggantungan Fahmi dan Safwan berkuatkuasa serta merta, dua minggu sebelum mereka dijadualkan menduduki peperiksaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana