Nak ajar Malaysia makna demokrasi... Khairy 'sekolahkan' Naib Presiden Amerika di twitter

PETALING JAYA 5 Dis - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mengecam kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang mempertikaikan keputusan Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Menerusi laman twitternya, beliau mengingatkan Joe Biden agar menutup penjara Guantanamo terlebih dahulu kerana ianya terbukti mencalar demokrasi dan sistem keadilan di peringkat dunia.

“Menutup Guantanamo memberikan AS peluang penting untuk membuat perkara yang betul dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakiman,” tulis Khairy di dalam Twitter miliknya.Kenyataan yang dikeluarkan pemimpin AS itu di laman twitternya  turut menyatakan pendirian membela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rayuan kes liwat terhadapnya.

Beliau mengingatkan Kerajaan Malaysia agar menggunakan platform kes rakan karibnya itu sebagai bukti Malaysia mengamalkan sistem perundangan yang telus.

“Kes rayuan Anwar Ibrahim peluang penting buat Malaysia membetulkan keadaan dan menunjukkan keyakinan terhadap sistem demokrasi dan badan kehakimannya,” tulisnya di dalam Twitter miliknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana