Mukhriz terkejut Guan Eng berani keluar kenyataan pasal kalimah Allah

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di negeri itu boleh menggunakan kalimah Allah disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata tindakan itu juga menunjukkan Lim tidak ikhlas dan kenyataan itu dibuat atas dasar kepentingan politik.

"Saya terkejut bagaimana Guan Eng boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ia bercanggah dengan enakmen dan fatwa yang ditetapkan (di peringkat kerajaan pusat).

"Sebagai Ketua Menteri beliau mesti pertahankan undang-undang yang ada di peringkat kebangsaan dan negeri," katanya Selasa.

Lim dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat sebagai berkata bahawa bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah Allah.

Menurutnya larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Guan Eng memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Ketua menteri itu dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Kenyataan Guan Eng itu bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada Januari 2010.

“Bahawa kalimah-kalimah yang berkaitan dengan kesucian agama Islam adalah khusus bagi agama dan orang Islam sahaja. Oleh itu ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.

“Orang Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah-kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang besar kepada agama dan orang Islam.

“Oleh itu orang Islam wajib menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah-kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub,”kenyataan dari e-fatwa.gov.my dipetik.

Dalam fatwa itu disebut 40 perkataan, termasuk “Allah” dilarang digunakan oleh bukan Islam.

“Oleh itu, mana-mana orang bukan Islam yang menulis atau menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah lain yang boleh membawa kepada menghina kesucian agama Islam adalah salah dan dilarang serta menjadi satu kesalahan.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana