MUHYIDDIN ARAH TINGKATKAN ASET UDARA, AIR DAN UDARA DI KELANTAN

KOTA BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan keperluan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang keadaan banjirnya disifatkan sebagai serius.

Beliau berkata arahan itu diputuskan setelah beliau mendapat taklimat terkini tentang bencana alam itu, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini, hari ini untuk melihat sendiri situasi banjir di negeri ini.

"Daripada taklimat tadi, kita dapati ia masih tidak mencukupi kerana banjir ini luar jangkaan. Bot yang disediakan mungkin tak cukup, helikopter, telah kita sediakan tujuh... bilangan masih tidak memadai.

"Sebab itu saya telah beri arahan supaya aspek logistik dipertingkatkan lagi di mana aset seperti helikopter, bot tambahan akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1, di sini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negera Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Muhyiddin turut mengarahkan agar stok barangan keperluan seperti makanan dipertingkatkan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu daripada keperluan untuk tiga hari kepada seminggu, antaranya bagi
mengelakkan masalah kekurangan.

"Dari segi soal bekalan bahan makanan ia sebenarnya mencukupi, cumanya penyampaian makanan ke pusat pemindahan banjir agak menghadapi banyak cabaran kerana tidak boleh dilalui sebab air deras, tidak boleh dihantar melalui udara kerana cuaca tak menentu.

"Ini hal-hal yang perlu diuruskan dalam keadaan agak luar biasa...tetapi kita sudah putuskan tadi, pertama bekalan makanan biasanya kalau stok untuk tiga hari, sekarang mesti untuk lima ke seminggu supaya tak perlu kita hantar berkali-kali," katanya.

Beliau berkata jenis barangan yang akan ditambah kepada jumlah sedia ada adalah sardin, beras, telur dan keperluan lain, dan beliau telah pun mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar melaksanakannya dengan segera.

Selain itu MKN juga diminta untuk membeli sebanyak mungkin 'power bank' bagi kegunaan pihak urusetia di setiap pusat pemindahan agar komunikasi menggunakan telefon pintar tidak terjejas.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri turut meminta supaya bekalan air bersih dan diesel diberi keutamaan di beberapa PPS yang terputus bekalan elektrik bagi memastikan generator kekal berfungsi.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga akan mempertingkatkan bekalan minyak diesel yang dikatakan kritikal di sesetengah tempat termasuk hospital yang terjejas banjir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana