Mufti P. Pinang Akan Temui Ketua Menteri Bincang Isu Kalimah Allah

BUKIT MERTAJAM: Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhasrat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi memberi penjelasan tentang isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan beragama Islam di negeri ini.

Beliau berharap pertemuan dengan Ketua Menteri dapat membangkitkan tentang keperluan mengelak menyentuh isu-isu sensitif terutama melibatkan agama.

Majlis Fatwa negeri telah mewartakan perkataan Allah serta 40 lagi perkataan berkaitan Islam lain yang tidak boleh diguna pakai untuk orang bukan Islam di negeri ini, katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Guan Eng, seperti dilaporkan beberapa portal berita Jumaat, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Ketua Menteri dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Wan Salim berkata, perkara itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Islam dan kerajaan negeri bukan hanya perlu bertanggungjawab kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam.

"Apabila ia sudah digazetkan oleh Majlis Fatwa, perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam tetapi juga untuk orang bukan Islam sebab ia di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Jadi setiap rakyat di Pulau Pinang tidak kira sama ada dia orang Islam atau bukan Islam perlu taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Beliau berharap mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri selepas ini mengelak daripada membangkitkan isu itu kerana melibatkan kemaslahatan awam dan boleh menjejaskan keharmonian perpaduan.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno Bukit Mertajam hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di Bandar Perda di sini berhubung kenyataan Lim itu kerana mendakwa ia merupakan satu campur tangan ketua menteri dalam hal ehwal agama Islam.

"Kami betul-betul kecewa dengan kenyataan Lim itu dan mohon polis jalankan siasatan terperinci kerana khuatir kenyataan ketua menteri itu boleh menjejaskan keharmonian kaum di Pulau Pinang," kata Ketuanya Zaimi Mohd Tahar kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana