Mogok nasional di Jakarta uji kepimpinan Jokowi

Ibu negara Indonesia ini bersiap sedia menghadapi kemungkinan kehadiran jutaan pekerja yang akanmenyertai Mogok Nasional, antara lain, untuk mendesak kenaikan gaji minimum.
Rancangan tunjuk perasaan itu juga dianggap ujian terhadap imej probisnes Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Tunjuk perasaan peringkat kebangsaan selama dua hari yang dijadual bermula 10 Disember ini akan membabitkan empat kesatuan sekerja, kata Setiausaha Agung Persekutuan Kesatuan Sekerja Indonesia, Muhammad Rusdi.

Menurutnya, pekerja negara itu mempunyai tujuh tuntutan, termasuk mengadakan rundingan semula mengenai perjanjian gaji minimum.

Tunjuk perasaan yang dirancangkan itu menyusul beberapa tunjuk perasaan kecil yang diadakan sebelum ini bagi membantah kenaikan harga minyak sebanyak 30 peratus bulan lalu.

Gaji minimum di Jakarta dijangka meningkat 11 peratus tahun depan, kurang daripada yang dituntut kesatuan sekerja.

“Kami menolak paras gaji minimum itu. Ia tidak boleh menampung kenaikan harga minyak,” katanya.

Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama bulan lalu meluluskan gaji minimum 2015 untuk pekerja di bandar raya itu sebanyak Rp2.7 juta (RM756) sebulan sementara kesatuan mahukan sekurang-kurangnya Rp3 juta (RM840).

Kesatuan sekerja juga menuntut supaya kos kredit telefon dan minyak wangi sebagai barang keperluan yang akan digunakan untuk mengira kos sara hidup seseorang pekerja.

Persatuan majikan Indonesia berkata, tuntutan sebanyak itu akan mendorong kepada pemberhentian pekerja kerana syarikat tidak mampu membayar gaji sebesar itu.

Seorang wakil pekerja di Majlis Gaji Jakarta, Dedi Hartono berkata, sekurang-kurangnya 5 juta pekerja akan menyertai tunjuk perasaan yang akan diadakan di beberapa kawasan, termasuk di depan pejabat gabenor dan presiden. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana