'MIMPI NGERI' ANWAR DIBONGKAR DALAM MAHKAMAH TINGGI !

Nampaknya, isu 16 September 2008 yang memalukan Anwar Ibrahim menjadi panas kembali dengan beberapa pendedahan ahli-ahli politik di dalam mahkamah.

Rakaman video di bawah dimuat turun pada 23 Oktober 2008 iaitu 38 hari selepas kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri yang baharu pada 16 September 2008.

“Saya bercakap dengan yakin kerana ada kawan-kawan Sabah, Sarawak dan UMNO yang menghubungi saya. Mereka mengatakan, ‘Anwar, please count me in!’, sebab itu saya yakin, sekarang kita ada 82 kerusi parlimen, itu rasminya..

(Lalu disahut para penyokongnya, dengan berkata, “yang tak rasmi ?”)

“Rasmi, 82 (kerusi),” kata Anwar. Disahut penyokongnya, “Yang tak rasmi ?”
“Tidak rasmi….”kata Anwar sambil tersenyum dan menambah, “Cukup !” sambil mengangkat tangan dan berkata, “bagi tempoh kita sedikit, kalau tidak Mei (2008), Jun (2008), kalau tidak Jun, Julai (2008), kalau tidak Julai, Ogos (2008), dan tunggu waktunya, kita masuk..”katanya dalam ceramah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur pada 14 April 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana