MALU BESAR ! PAS DEDAHKAN PEMBOHONGAN WAN AZIZAH ISTERI ANWAR !

Seperti dijangka, kenyataan Wan Azizah yang menunding jari kepada parti PAS telah menyebabkan kepimpinan PAS meroyan dan melenting.
Tetapi tindakan kepimpinan PAS itu dilihat tidak bermakna kerana parti PAS masih lagi bergayut dengan parti DAP dan PKR walau pun parti PAS telah dihina teruk oleh parti-parti tersebut.

Anda baca laporan di bawah:
Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berkomunikasi dengan rakan pemimpin dalam pakatan adalah tidak benar, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurutnya, hubungan antara parti dalam PR bukan berbentuk individu dengan individu sebaliknya hubungan antara parti dengan parti.

“Sepatutnya tidak timbul isu seperti ini kerana kita (Pas) dalam PR sentiasa berkomunikasi antara sama lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Khalil berkata, soal kesihatan yang menyebabkan Abdul Hadi tidak berkomunikasi juga tidak timbul kerana doktor telah membenarkan beliau meneruskan tugasan seperti biasa.

“Beliau telah ke Parlimen dan saya yakin sewaktu di Parlimen, beliau berjumpa dengan pimpinan tertinggi PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Cuma beliau memerlukan rehat yang cukup bagi memastikan tahap kecergasan kembali pulih selepas sakit tempoh hari," katanya yang juga anak Abdul Hadi.

Katanya, PKR dan DAP sepatutnya mencari jalan memperkukuhkan ikatan antara parti dalam PR.

“Saya berpendapat PKR dan DAP seolah-oleh tidak ada isu lain dibangkitkan sehingga sering mengaitkan isu berkaitan Presiden Pas. Seperti sedia maklum, Pas pada muktamar semenetapkan pendirian untuk terus bersama PR dan tidak akan berganjak,” katanya - SH
Kata mudah, Pemuda PAS telah mendedahkan bahawa Wan Azizah PKR telah berbohong tentang kenyataan beliau sebelum ini. Pendedahan ini semestinya telah menjatuhkan maruah Wan Azizah lebih teruk setelah pencalonan beliau sebagai Menteri Besar Selangor ditolak oleh Sultan Selangor.

Jika ikutkan kebiasaannya, Wan Azizah PKR sepatutnya sudah berhenti berpolitik kerana menanggung malu ini?

Dan dimanakah nilai dan maruah parti PAS yang kerap diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR tetapi parti itu masih lagi mengharapkan simpati parti-parti itu?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana