Malaysia Diancam Penyebaran Berita Bohong, Fitnah & Kebencian Di Internet


KUALA LUMPUR: Dalam mengejar peradaban manusia, Malaysia diancam oleh mereka yang menggunakan internet untuk menyebar pembohongan, fitnah dan kebencian, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, tidak seperti negara lain, negara ini bukannya negara berasaskan satu kaum dan sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama, kerajaan perlu memantau aktiviti internet dan perbuatan yang tidak menyenangkan itu.

Berucap pada Forum Antarabangsa Umno bertemakan Kesalinghubungan dan Media Sosial: Memperkasakan Rakyat Untuk Membina atau Memecahbelahkan Negara, di sini Isnin, Ahmad Zahid berkata,kerajaan terpaksa bertegas terhadap elemen yang sememangnya berbahaya kepada pembinaan negara.

Beliau berkata, setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengikat mereka daripada mengeluarkan sebarang kenyataan provokasi dan perkauman kerana kesannya tidak sanggup diterima oleh setiap orang.

"Kami telah belajar daripada rusuhan kaum 1969, dan kami juga belajar daripada beberapa insiden melibatkan golongan ekstremis agama dan masyarakat. Kesemua ini membuatkan kami mengenakan undang-undang yang ketat untuk mengelakkan negara daripada kehancuran," katanya.
Menteri itu berkata, dalam menguatkuasakan undang-undang, kerajaan tidak pernah dan tidak akan bersikap berat sebelah atau dalam bahasa mudah kerajaan tidak berkompromi apabila menyentuh soal keselamatan dan kestabilan negara.

Ahmad Zahid, yang merupakan antara panel penceramah di forum itu turut menekankan bagaimana laman media sosial yang telah berkembang dan berubah sebahagian besarnya kepada penyaluran berita dan menjadi saluran perkongsian maklumat.

Beliau berkata, isu tentang kebebasan bersuara sedang diperdebatkan dalam media sosial dan forum terbuka.

"Saya percaya semua daripada kita - sama ada di Malaysia atau luar negara - mengikuti perkembangan yang telah dan sedang berlaku di negara ini.
"Semua ini adalah hasil kesalinghubungan internet yang lebih pantas dan boleh diakses kepada pelbagai sumber berita," katanya.

Ahmad Zahid berkata, berita datang dalam pelbagai bentuk, sama ada baik atau buruk, menyenangkan atau hodoh serta benar atau semata-mata pembohongan untuk melemahkan kerajaan, negara dan rakyat.

Forum itu yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin.

Persidangan selama dua hari itu disertai 127 perwakilan asing daripada 34 parti mewakili 22 negara dan kor diplomatik hampir 70 negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana