Mahfuz Omar : 'Mungkin Saya Jadi PM' Nak Termuntah lah...Mahfuz

KUALA LUMPUR 15 Dis - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh membangkitkan isu menamakan calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat dalam mesyuarat gabungan pembangkang itu Januari depan.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan dalam mesyuarat dan mana-mana parti berhak untuk menamakan siapa juga yang dimahukan.

"Perkara ini kita perlu bincang dalam mesyuarat, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kata bulan Januari nak buat mesyuarat jadi Lim Guan Eng boleh bawa pekara ini dalam mesyuarat nanti.

"Siapa calon PM kita bincang. Mungkin saya jadi PM.

"Mana ada dalam dunia orang tak nak jadi Perdana Menteri.

"Yang sudah jadi Perdana Menteri, nak turun pun payah," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014 di Petaling Jaya semalam, Guan Eng dilaporkan meminta Pakatan Rakyat menamakan calon perdana menteri apabila menyertai pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata tanpa muafakat jelas dalam perkara berkenaan Pakatan Rakyat tidak boleh menyertai pilihan raya

DAP tetap menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai pentadbiran kerajaan pusat pada PRU14 nanti.

Sebelum PRU13 yang lepas, beberapa pihak dalam PAS mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kekuasaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana