Mahathir kritik AS, minta Biden jaga negara sendiri...Nampak Sangat US Bangang

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang menyoal tindakan negara mengekalkan Akta Hasutan yang disifatkannya mengekang kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat.

Katanya, Biden sepatutnya melihat kepada kes dalam negara sendiri kerana terdapat kes warga AS yang ditahan lebih 10 tahun tanpa perbicaraan.

"Mereka juga diseksa, itulah caranya di Amerika,” katanya kepada pemberita hari ini.

"Mereka menjatuhkan hukuman mati kepada golongan yang tidak tahu bahawa mereka dikenakan hukuman mati.

“Tiba-tiba, muncul dron yang menembak orang itu. Inilah negara yang mahu mengajar dunia mengenai keluhuran perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, Amerika Syarikat melalui dua tweet daripada Biden menyuarakan kekhuatiran dengan langkah Malaysia mengekalkan akta zaman penjajah, malah perkukuhkannya lagi.

Naib Presiden itu juga berkata, walaupun banyak pihak mengecam Perdana Menteri Najib Razak kerana gagal mengotakan janjinya untuk memansuhkan akta berkenaan.

Namun Putrajaya masih berpeluang untuk menebus diri melalui rayuan sodomi Anwar Ibrahim yang kini menunggu penghakiman.

"Rayuan Anwar Ibrahim memberi Malaysia peluang untuk membetulkan keadaan dan memupuk keyakinan terhadap demokrasi dan badan kehakimannya,” katanya dalam satu lagi tweet dipetik oleh media.

Mahathir berkata AS tidak mahu kerajaan Malaysia mensabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II kerana kuasa besar dunia itu mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

"”Itu terpulang pada mereka, tetapi kita tidak mahu (Anwar jadi perdana menteri),” tegas Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana