Mahasiswa Lancar Occupy UM Protes Hukuman Tatatertib...Kan BODOH Namanya Tu

KUALA LUMPUR 10 Dis - Mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini melancarkan "Occupy UM" dengan berkhemah dan berhimpun di pintu pagar universiti itu sebagai tanda protes terhadap hukuman terhadap rakan mereka semalam.

Jurucakap mereka, Wan Nur Syamimi Wan Sajiri (gambar, kanan) berkata, langkah tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kumpulan dikenali UM8 yang dibicarakan lembaga disiplin UM semalam, dan menuntut semua hukuman ke atas mereka digugurkan.

"Kita akan berkhemah dan bersolidariti di sini bermula hari ini sehingga pihak universiti menarik semula semua hukuman terhadap 7 mahasiswa ini," katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Semalam, UM memutuskan menggantung selama dua semester pengajian bekas presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol, dan mengenakan denda RM600 kerana bersalah menganjurkan program membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Oktober lalu

Selain Fahmi, Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro M) Safwan Shamsuddin juga digantung pengajian selama satu semester serta denda RM300.

Empat yang lain, Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing dikenakan denda sebanyak RM150 berserta amaran. Abraham Au digugurkan pertuduhan manakala Khairul Najib Hashim diberi amaran.

Keputusan itu diumumkan Prof Dr Zanariah Abdullah selepas satu prosiding tatatertib yang berlangsung hampir 12 jam semalam.

Syamimi berkata mahasiswa UM juga memutuskan memilih bendera Malaysia sebagai simbol kebangkitan.

Katanya, tekanan daripada pihak universiti tidak akan sesekali melemahkan semangat mahasiswa untuk terus memperjuangkan kebebasan akademik.

Syamimi berkata protes bertemakan "korban demi demokrasi" itu menyeru semua warga UM dan rakyat Malaysia bersama menyertainya.

"Atas rasa kesedaran dan cintakan keadilan hari ini kami berkumpul untuk memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia agar melihat kebobrokan dalam universiti kita.

"Universiti hari ini sudah tidak bebas. Mahasiswa dicengkam, dihukum, digantung apabila mempertahankan hak. Mahasiswa juga dihukum apabila ingin memperjuangkan kebebasan akademik," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Khairol Najib Hashim berkata, protes "occupy" yang berlangsung di hadapan pintu masuk UM Kuala Lumpur menyaksikan kira-kira 30 pelajar berhimpun di sana.

Beliau yang juga merupakan antara 8 mahasiswa berdepan dengan tuduhan prosiding tatatertib semalam berkata kepada The Malaysian Insider, setakat ini masih tiada sekatan daripada pihak keselamatan universiti terhadap tindakan mereka meletakkan khemah di hadapan pagar tersebut.

Khairol yang menjangkakan lebih ramai pelajar akan menyertai kempen protes itu melahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diterima.

"Saya amat terharu dengan sokongan mereka. Yang menganjurkan protes ini ialah mahasiswa UM. Inilah tandanya yang kita akan bangkit memperjuangkan hak mahasiswa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana