Macam Ni Pun Ada Kah....Saya Jumpa Mana Saya Tersempak Sahaja

KAJANG 9 Dis - ADUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Ismail menafikan dakwaan tidak turun padang ketika penduduk Kajang menghadapi masalah terutama sewaktu banjir melanda daerah tersebut.

Menurut Azizah, rata-rata penduduk kajang juga berpuas hati dengan layanan yang diberikannya walaupun ketiadaannya di kawasan tersebut.

“Saya ingat kenduri selalunya saya datanglah. Mereka kata ‘eh, dia datanglah’, saya tahu mereka tak jangka. Alhamdulillah.

“Bergantung kepada siapa yang kamu jumpa. Yang mana jumpa saya memang tahulah saya hadir terutama masa banjir.

“Di masa yang lain, pusat khidmat saya berikan khidmat kepada penduduk Kajang. Setakat ini yang saya kenal, saya telefon, saya hubungi, mereka kata ok,” katanya yang dipetik Malaysian Insider hari ini.

Wan Azizah berkata, penduduk Kajang perlu lebih matang menilai khidmatnya di kawasan itu kerana menjadi kebiasaan seorang wakil rakyat mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul.

Katanya, kritikan penduduk setempat tetap diterimanya secara positif kerana pengundi di kawasan itu yang memilihnya sebagai wakil rakyat.  

“Jika mereka boleh terima (Datuk Seri) Najib (Razak) sebagai ahli Parlimen dan tugasnya, maka ia juga perkara yang sama.

“Sebab pengundilah saya ada di sini. Saya memang janji saya akan berkhidmat.

“Saya rasa mana-mana pun, kalau kita berikan khidmat, jumpa atau tak jumpa saya, kerja jalan. Itu yang penting,” katanya.

Bagaimanapun, presiden PKR itu mengakui rayuan kes Liwat II suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan masanya lebih banyak tertumpu di mahkamah.

“Hari tu saya akui apabila kes suami saya, saya berada di mahkamah. Lepas itu saya ada ke luar negeri menemani suami saya masuk ke TED.com,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana