Lucut gelaran: Mana integriti Anwar nak bergayut sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

Sewaktu mula tersebarnya khabar Sultan Selangor melucutkan gelaran 'Datuk Seri ' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi Khamis,antara tanda tanya yang paling hangat berlegar apa jadi pada jawatanya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Kebetulan...kata orang seperti macam tahu-tahu saja,soal jawatan itu adalah antara yang Ketua Umum PKR itu sentuh secara khusus dalam kenyataan reaksinya pada sebelah petang terhadap tindakan Sultan Selangor.

Dari sudut pandangan ramai perlucutan gelaran adalah petanda kemurkaan tahap maksimum Sultan pada seseorang individu kerana berbagai sebab atau pun berpunca dari tindak tanduknya yang menjejaskan kerhormatan diri.

Ia dikira sesuatu hal yang memalukan bagi siapa saja yang kena lucut gelaran.

Dalam kes Anwar,kenyataan rasmi Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohammad Munir Bani secara jelas memberitahu ia kerana perbuatan mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor serta institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini.

Lojiknya jika Sultan sudah sangat murka bagaimana Anwar nak bergayut lagi sebagai Penasihat Ekonomi Negeri.

Isunya di sini ia melibatkan soal moral dan integriti.

Atas sebab ini juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga ADUN BN kawasan Sungai Burong,Datuk Shamsudin Lias kata Anwar harus letak jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri.

Beliau akui soal perlucutan gelaran dan jawatan Penasihat Ekonomi Negeri adalah dua perkara yang berbeza.

Apapun katanya Anwar harus berundur atas nama integriti.

Jawatan Penasihat Ekonomi Negeri tidak wujud semasa zaman pentabiran Barisan Nasional di Selangor dulu.

Ia diwujudkan semasa pentabiran Pakatan oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim selepas pilihanraya umum 2008.Langkah itu dikatakan untuk 'beri muka' pada Anwar agar nampak ada peranan rasmi dalam kerajaan negeri itu.

Ia dikatakan lebih motif politik dan bukan sangat ada kaitan dengan ekonomi.

Sejak memegang jawatan itu umumnya ramai merasa tidak ada sebarang impak besar dari segi ekonomi yang nampak keluar dari pejabat Penasihat Ekonomi Negeri.

Malah Khalid seorang bekas tokoh koprat yang mahir dikatakan tidak memerlukan seorang penasihat ekonomi untuk beri nasihat padanya.

Lagipun Anwar yang cuma bijak bermain kata-kata retorik dalam ceramah tidak pernah dilihat sebagai seorang pakar ekonomi.

Apa yang dikatakan agak menarik dalam hal ini ialah tindakan Khalid pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri terakhir yang dipengerusikannya sebelum lepas jawatan Menteri Besar ialah menutup pejabat Penasihat Ekonomi Negeri.

Alasan yang diberi ialah untuk menjimatkan belanja kerajaan negeri.

Ada pemerhati yang baca tindakan Khalid itu seolah hendak menyampaikan suatu mesej bahawa jawatan Penasihat Ekonomi Negeri itu tidak membawa apa-apa faedah.

Kalau tidak mengapa jawatan itu menjadi 'sasaran' Khalid sebelum ucap selamat jalan.

Namun Anwar terus kekal di jawatan itu setelah Azmin Ali yang ambil alih Menteri Besar menilai keputuan Khalid itu cuma melibatkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi dan bukan pemansuhan jawatan.

Dalam kenyataan reaksinya pada perlucutan gelaran Datuk Seri ,Anwar nampak macam hendak mengambarkan setback itu tidak langsung beri kesan kepada kedudukannya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri.

Katanya beliau akan terus beri khidmat atas kapisiti jawatan itu.

Ini,katanya demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya.

Malah Anwar berkisah tentang beliau akan sentiasa mendokong perjuangan untuk meningkatkan martabat rakyat.

Kalau nak ulas dalam konteks itu entah apa yang dimaksudkan oleh Anwar kepentingan negeri dan rakyat Selangor yang nak dijaganya sangat.

Apakah langkah politiknya untuk nobatkan isteri sendiri jadi Menteri Besar yang terbarai itu boleh dikira satu urusan untuk kepentingan rakyat.

Sebaliknya nyata terbentang di depan mata Sultan Selangor sendiri mempunyai pandangan yang amat negatif mengenai implikasi Kajang Move pada negeri dan rakyat Selangor.

Baginda tidak berselindung dalam hal ini dan secara terbuka telah meluahkan mengenainya.

Rasa murka baginda pada gelagat Anwar terhadap Istana sepanjang krisis Menteri Besar itu sudah terpahat dengan pengumuman terbaru perlucutan gelaran kebesaran negeri.

Senang cakap...orang politik ada kalanya boleh buat muka tebal.

Namun ada yang mengaku kalau berdepan situasi seumpama ini gerenti sudah 'lari malam' tak tahan malu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana