Lesen Pemancing Ikan Tidak Masuk Akal, Dibatal Serta Merta - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 16 Dis - Isu melesenkan pemancing ikan dalam negara adalah suatu akta yang tidak masuk akal dan dibatalkan dengan serta merta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, isu yang menjadi 'viral' di laman sosial itu adalah diluar pengetahuanya.

"Isu ini menjadi 'viral' di media sosial dan telah menimbulkan kemarahan rakyat terutama sekali kepada para pemancing ikan di Malaysia. Sebenarnya saya tidak tahu tentang cadangan peraturan ini namun selepas terbaca satu 'posting' di FB (Facebook), saya sendiri terkejut dengan cadangan peraturan yang begitu tidak munasabah - iaitu melesenkan pemancing ikan.

"Saya telah arahkan supaya cadangan ini dibatalkan serta merta. Ternyata ianya langsung tidak masuk akal walaupun memang ada orang bom ikan, tuba malah guna racun sekalipun tetapi kita ada undang-undang dan peraturan untuk menghukum mereka ini,"

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, orang ramai terutamanya pengguna laman media sosial terkejut dan melahirkan kemarahan mereka apabila mendapat 'berita' bahawa kerajaan akan mewartakan lesen kepada pemancing ikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana