LANGKAH MAYAT KAMI DULU/CROSS OUR DEAD BODY FIRST..!!

DAP menuntut agar kerajaan negeri Pulau Pinang diberi kuasa autonomi untu memerintah sendiri berbanding dengan Sistem Persekutuan yang diamalkan sejak pebentukan Malaysia pada tahun 1963.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera anak tiri Khir Johari,'Pengkhianat' Zairil berkata kontrak Persekutuan yang dimaterai sejak 51 tahun lalu itu perlu dikaji semula.

Negara Malaysia pada dasarnya mengamalkan sistem Persekutuan,iaitu struktur politik yang secara lazimnya terdiri daripada negeri-negeri Bersekutu yang disatukan di bawah payung Kerajaan Pusat.Contoh Negara Bersekutu yang lain adalah Amerika Syarikat,Australia,Jerma dan India.

Di negara-negara tersebut,kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi dalam kebanyakan bidang yang melibatkan kehidupan seharian,manakala Kerajaan Pusat biasanya bertanggungjawab ke atas hal ewal kenegaraan,perhubungan antarabangsa dan keselamatan luar negeri.Perkongsian kuasa antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam sistem Persekutuan pula ditentukan oleh pelembagaan dan tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Pusat.

Malangnya,sistem perundangan,pentadbiran dan fiskal di negara Malaysia tidak mirip langsung dengan negara Persekutuan yang lain.Tadbir urus begara Malaysia dalam kebanyakan bidang adalah sangat terpusat,jika tidak lebih terpusat berbanding negara Kesatuan (unitary states).Malah,kemungkinan besar Malaysia merupakan antara negara Persekutuan yang paling terpusat di dunia.Contoh paling jelas pemusatan kuasa yang berlebihan di Malaysia ini adalah hakikat bahawa perbelanjaan kerajaan setiap tahun,kenyataan 'Pengkhianat' Zairil dalam Roketkini.

'Pengkhainat' Zairal memuji kerajaan negeri Pulau Pinang,'Pengkhainat'Zairal berkata negeri itu telah menyumbang separuh daripada eksport eletrik dan elektronik Malaysia,sata pertiga daripada eksport pembuatan,dua pertiga daripada hasil pelancongan perubatan dan hampir satu persepuluh daripada KDNK negara (Perlu diingatkan kepada Pengkhianat Zairil Pulau Pinang maju semasa BN memerintah).

Adalah satu skandal besar bahawa kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi hanya mampu membelanjakan kurang daripada setengah peratus (0.05 peratus) daripada belanjawan negara.

Maka,atas sebab ini,usaha ke arah desentralisasi atau pun pengagihan kuasa Pusat harus digalakkan demi membentuk Persekutuan yang benar-benar menghormati hak dan kesejahteraan negeri-neferi dibawah naungannya.

Jelas,sistem sedia ada tidak berfungsi apabila sesebuah kerajaan negeri tida berupaya untuk menentukan arah perjalanan bas dalam kota sendiri,membuat pinjaman wang untuk membiayi pembangunan infrastruktur,serta tidak diberi kuasa untuk menguruskan tandas awam sendiri.

Kuasa tadbir urus yang diagihkan dengan baik sudah tentu dapat memakmurkan demokrasi yang lebih bermakna,menjana pertumbuhan ekomomi yang lebih tinggi serta memupuk pembangunan yang lebih saksama dan lestari.

Justeru,satu kajian semula kontrak Persekutuan Negara Malaysia amat diperlukan,khususnya dalam persekitaran pasca 2008,dimana sudah jelas bahawa pemusatan berlebihan dalam hal ewal pentadbiran adalah tidak selari dengan kerencaman negara Malaysia serta terbukti gagal untuk memenuhi hastrat dan impian rakyat Malaysia,kata 'Pengkhainat' Zairil..!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana