Kuasa Autonomi : Agenda Politik Jahat Kerajaan DAP Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Tuntutan pemimpin DAP Pulau Pinang untuk melakukan kajian semula ke atas kontrak Persekutuan disifatkan satu manifestasi agenda politik jahat parti berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jika sebelum ini sudah ada benih cadangan sama disuarakan dalam bentuk ‘fiscal decentralization’, namun gesaan yang dibuat Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebenarnya boleh disifatkan cubaan menghasut supaya melakukan perubahan menyeluruh kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Apakah pemimpin Melayu yang dipayungi parti itu kini terdesak sehingga sanggup mencadangkan perkara seperti ini?

“Apakah mereka ini telah dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak masuk akal dan dangkal,” soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zairil Khir menerusi portal rasmi parti itu, Roketkini.com berhubung gesaan mengubah kontrak Persekutuan dalam usaha ke arah desentralisasi ataupun pengagihan kuasa pusat harus digalakkan demi membentuk persekutuan yang benar-benar menghormati hak dan kesejahteraan negeri-negeri di bawah naungannya.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, Zairil Khir seharusnya tidak perlu menggunakan fakta dangkal seperti sumbangan Pulau Pinang kepada perbendaharaan Persekutuan kerana pimpinan terdahulu telah menyusun Perlembagaan dengan sebaik mungkin sehinggakan ‘Semangat Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan’ yang disusun kemas dengan pemisahan jelas di antara tanggungjawab Persekutuan, Negeri dan perkara yang dikongsi antara kedua-duanya.

“Kita tidak perlukan ahli politik yang ‘bergelut’ dan tenggelam timbul dalam arus rasisme DAP dalam mencari jalan singkat untuk popular.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana