Kontroversi di sebalik pemilihan Majlis Peguam...Inikah Kata Juara Hak Asasi?

Badan yang kononnya menjadi juara hak asasi yang selalu kritik kerajaan itu ini tidak betul Majlis Peguam dipertikaikan proses pemilihan jawatankuasanya oleh ahli yang bertanding pada Selasa.
Ini berikutan keadaan kelam kabut dalam proses pengiraan undi yang menyaksikan peguam Hendon Mohamed menang setelah mendapat 1948 undi itu.

Ini menyebabkan dua calon yang bertanding dalam pemilihan Majlis Peguam bagi penggal 2015-2016 mempertikaikan prosedur pengiraan undi yang dijalankan oleh badan itu hari ini.

Peguam-peguam terbabit, M. Reza Hassan dan Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz tidak berpuas hati dengan syarat yang mewajibkan setiap calon menandatangani surat aku janji terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki lokasi tayangan proses pengiraan undi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

M. Reza enggan menandatangani surat aku janji tersebut yang mengkehendaki beliau akur dengan larangan membuat sebarang rakaman tentang proses pengiraan undi yang dijalankan di Pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur.

Akibatnya, beliau tidak dibenarkan langsung memasuki lokasi tayangan CCTV di Bangunan Straits Trading yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat pengiraan undi.

“Saya berdegil juga untuk masuk tetapi urus setia bertindak memadamkan tayangan langsung sehingga menyebabkan semua calon yang lain tidak dapat melihat apa yang berlaku,” katanya.

Jelas M. Reza, tayangan langsung yang dipaparkan itu juga menimbulkan persoalan kerana hanya tangan individu yang mengira undi serta kertas undi sahaja yang dapat dilihat.

Menurut beliau, urus setia pemilihan memaklumkan bahawa prosedur berkaitan pengiraan undi telah ditetapkan oleh Majlis Peguam.

“Saya terkilan. Bukan niat saya hendak mempersoalkan proses pengiraan undi tetapi saya ingin tahu adakah prosedur tersebut selaras dengan Akta Profesion Undang-undang 1976,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Khairul Azam berkata, proses pengiraan undi yang ditayangkan secara langsung tidak dapat dilihat dengan jelas ekoran gangguan sistem sering berlaku.

Beliau memberitahu, tayangan juga hanya memperlihatkan satu kaunter sahaja sedangkan proses pengiraan undi di tujuh kaunter pengiraan undi yang lain tidak ditunjukkan kepada para calon.

“Pada pandangan saya, prosedur yang digunakan Majlis Peguam ini tidak meningkatkan keyakinan bahawa tidak akan berlaku manipulasi semasa pengiraan undi,” jelasnya.

Pemilihan Majlis Peguam berlangsung Selasa dengan menyaksikan sebanyak 23 calon bertanding untuk mengisi 12 kerusi ahli jawatankuasa badan tersebut.

Selain Hendon, tempat kedua adalah Datuk Sulaiman Abdullah, Brendan Navin Siva, Andrew Khoo, Richard Wee, Honey Tan, Syahredzan Johan, Ravi Nekoo, Datuk Low Beng Choo. Datuk Kuthubul Zaman dan Roger Chan.

M Reza mendapat tempat ke 17 dengan 1,085 undi manakala Khairul Azam ke 21 dengan 917 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana