Kit Siang : Perwakilan UMNO Kebal Undang-Undang...Inilah Hantu DAP

DAP lagi teruk dan pembohong...pandai manipulasi cerita.Bila kena DAP pandai lah plak media yang sensasikan cerita..Bila kena pada UMNO pandai buat tuduhan tanpa asasnya.

KUALA LUMPUR 2 Dis - Para perwakilan UMNO terutamanya perwakilan negeri Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan wakil Wanita UMNO Kedah Datuk Dr Mashitah Ibrahim disifatkan sebagai kebal daripada undang-undang berikutan kelantangan mereka berucap mengenai ekonomi orang Melayu serta agama Islam.

Memetik laporan lidah rasmi DAP, Penasihat parti Lim Kit Siang turut mempersoalkan pasukan keselamatan negara yang masih belum mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka.

“Malah, para perwakilan seolah-olah menikmati kekebalan undang-undang. Mengapa berdiam diri dan tidak bertindak keatas laporan polis yang dibuat terhadap Mohd Zaidi dan Mashitah kerana hasutan ucapan kebencian yang sudah melebihi tempoh 24 jam.

“Saya ingin tahu sama ada pihak polis menunggu ‘lampu hijau’ dari Zahid (Menteri Dalam Negeri) sebelum mereka berani menyiasat laporan yang dilakukan?" katanya.

Mohd Zaidi dan Mashitah dikatakan membuat ucapan berunsur perkauman pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu.

Semalam, Mohd Zaidi yang juga merupakan Ketua UMNO Permatang Pauh itu menegaskan bahawa kenyataannya telah disalahtafsir oleh laporan yang diputarbelit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana