Kini dalam tempoh 24 jam boleh jadi ahli UMNO...memang Terbaik

Memang cepat..kini sudah tiada lagi birokrasi dan macam-macam karenah untuk jadi ahli UMNO.Menerusi pendaftaran ahli secara online yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Khamis,permohonan akan diluluskan dalam tempoh 24 jam.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang ditemui wartawan selepas majlis peralancaran sistem baru itu di Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur (PWTC ) kata pemohon secara online akan terus diterima jadi ahli UMO cawangan PWTC dulu.

Menurut beliau selepas itu mereka akan disahkan ke cawangan-cawangan UMNO yang menjadi pilihan masing-masing.

Mereka yang berminat guna cara mudah ini hanya perlu melayari laman web www.daftar.myumno.org untuk mendaftar.

Najib dalam ucapan di majlis itu berharap pendaftaran keahlian UMNO secara online dapat menghapuskan segala karenah birokrasi berkaitan permohonan menjadi ahli parti sebelum ini.

Presiden UMNO itu berkata, ia juga sejajar dengan transformasi parti serta peremajaan UMNO yang bukan sahaja membuka keahlian kepada orang muda semata-mata tetapi prosesnya juga perlu melalui aspek yang sama.

“Pada hari ini, kita lakukan peremajaan UMNO kerana selama ini kita lihat bahawa untuk menjadi ahli UMNO terlalu birokrasi dan terlalu banyak karenahnya.

Cerita borang hilang, kena keronyok, borang dihantar tak diterima, kena isi borang sampai dua tiga kali. Kita dah letih,” katanya..

Perdana Menteri berkata, sistem online pendaftaran UMNO ini akan menyelesaikan masalah-masalah itu dan berharap sistem baru ini diterima oleh semua peringkat pimpinan parti.

Selain daripada itu, kaedah ini diharap membuka UMNO kepada generasi muda.

“Gen Y sebenarnya ramai yang minat nak sertai UMNO. Ramai yang datang jumpa saya. Mereka kata berminat.

“Bila saya tanya sudah jadi ahli UMNO?.. Mereka kata tak tahu macam mana nak jadi ahli UMNO. Kami tak kenal ketua bahagian dan yang lebih dahsyat lagi ada yang kata dah isi borang tetapi borangnya dikatakan sudah hilang,” katanya.

Menurut Najib, cerita-cerita seperti inilah yang menggerakkan UMNO untuk melancarkan pendekatan pendaftaran keahlian secara online ini.

Selain itu, UMNO juga katanya mahu menunjukkan bahawa parti itu menggunakan teknokogi baru sesuai keadaan semasa.

Melalui kaedah online, sekiranya segala maklumat tepat dan betul, penerimaan sebagai ahli UMNO akan dilakukan secara automatik.

“Maknanya, dalam masa yang cukup pantas kita dah boleh jadi ahli UMNO. Mungkin dalam masa 24 jam,” ujarnya.

Dengan kelulusan oleh ibu pejabat ini, pemohonan boleh diterima di cawangan-cawangan UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana