Kerana Anwar Ibrahim, India Ini Memaki Hamun Sultan Selangor

 Menjadi penyokong, pemimpin atau ahli parti pembangkang, tidak menghalalkan kita untuk memaki hamun orang lain kononnya untuk menarik sokongan atau mengeluarkan kebenaran. Apatah lagi yang dimaki adalah Sultan Melayu yang secara sejarahnya telah membolehkan masyarakat bukan Melayu-Bumiputera menjadi warganegara Malaysia setelah British enggan menerima atau mengambil mereka sebagai warganegara pada tahun 1957 dahulu.

Namun hasutan daan dendam selain buta tentang sejarah, membuatkan sebahagian daripada mereka bersikap biadap dan kurang ajar serta tidak berterima kasih kerana telah dibenarkan tinggal di negara ini serta menjadi warganegara dengan menikmati hak-hak kewarganegaraan secara bebas, malah jauh lebih bebas berbanding bangsa mereka yang menjadi imigran di negara-negara lain.

Penggunaan media sosial seperti Facebook telah dilakukan untuk menyemai kebencian, anarkisme dan subversif. Dalam hal ini, penama turut melakukan perbuatan yang sama di Facebook secara bebas. Kebenciannya kepada Melayu, Islam dan Bumiputera terpapar jelas dalam posting-postingnya.

Sehingga kini, belum ada lagi tindakan dibuat terhadapnya. Barangkali SKMM terlepas pandang dan ketiadaan laporan polis terhadapnya, membuktikan ramai yang beranggapan tindakan menghasut kebencian antara kaum yang dilakukan oleh penama adalah sesuatu yang bersifat remeh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana