Keputusan kes saman Haji Hadi RM2 juta pada 15 Disember...Adakah Ahli Tak Sedar Diri Lagi?

Kalau nak tahu apa akhir cerita kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tunggu 15 Disember ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu untuk buat keputusan bagi membolehkan mahkamah meneliti hujahan akhir oleh peguam kedua belah pihak, plaintif dan defendan Ahad.

Terdahulu, mahkamah turut mendengar kenyataan saksi terakhir plaintif dari akhbar KOSMO, Luqman Ridhwan Mohd Nor, 26.

Mahkamah Tinggi itu , sebelum ini memerintahkan Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul, berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Mohd Shamsul memfailkan saman fitnah itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13, pada 22 April tahun lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR itu dengan pil kuda dan berfahaman komunis, sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Kes ini mencuri perhatian ramai lebih-lebih lagi usaha dalaman PKR untuk memujuk Mohd Shamsul batalkan saman terhadap Hadi dikatakan gagal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana