KENAPA....ANWAR MALAS LAYAN FAHMI ZAINOL ?

Selepas pihak Universiti Malaya (UM) menggantung pengajian Fahmi Zainol selama dua semester dan didenda RM600, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sudah tidak mahu melayan lagi bekas presiden persatuan pelajar dakwa facebooker BBCD.

Fahmi Zainol: "apa perasaan ibu bapa saya? Uni Malaya tiada belas kasihan"
1.Fahmi Zainol selaku mahasiswa yang menjadi kuda caturan kepada Anwar Ibrahim kini merayu kepada Uni Malaya supaya mempertimbangkan keputusan menggantung dirinya selama 2 semester dengan memberi alasan "apa perasaan ibu bapa saya?".
2.Beliau yang pernah ditahan di Sabah kerana mahu menghasut mahasiswa disana membenci kerajaan berkata:
3."Saya agak terkilan dengan tindakan UM, walaupun mereka sudah mempunyai keputusan lebih awal, tidakkah mereka mempunyai rasa simpati dan empati kepada saya? ” soalnya
4."Pernahkah mereka terfikir? Ataupun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing," soalnya lagi. Ada segelintir mahasiswa yang menyokong Fahmi menyatakan beliau hanya menjadi penganjur sahaja, yang merusuh bukanlah dirinya. Ini satu bentuk kezaliman UMNO yang terbukti dalam menindas mahasiswa.
5.Sumber dalaman menyatakan Fahmi Zainol cuba menghubungi Anwar Ibrahim bagi membantu dirinya tetapi panggilannya tidak dijawab walaupun telah berbelas kali menghantar SMS dan Whatsapp.
6.Dalam masa yang sama kaum cina terus menjadi pelopor dalam menukarkan pinjaman PTPTN menjadi biasiswa berikutan keputusan yang cemerlang.
BBCD: Adakah hukuman gantung 2 semester dan denda RM600 adalah setimpal? Click like jika anda rasa tidak setimpal
Sumber Bukti Fahmi Zainol merayu:
http://malaysiakini.com/news/283063.html
Yang ikhlas menghasut,
-ketua pengakap-

“Sumber dalaman menyatakan Fahmi Zainol cuba menghubungi Anwar Ibrahim bagi membantu dirinya tetapi panggilannya tidak dijawab walaupun telah berbelas kali menghantar SMS dan Whatsapp,” dakwanya.

Fahmi didakwa antara lain kerana menganjurkan ceramah Anwar Ibrahim di kampus tanpa kebenaran universiti.

Facebooker BBCD membuat kenyataan itu sebagai respon kenyataan Fahmi Zainol di Malaysiakiniyang berlindung di sebalik sentimen ibu bapanya untuk meraih simpati.

Malaysiakini melaporkan Fahmi berkata pihak universiti tidak bertanggungjawab kerana tidak mengambil kira perasaan ibu bapanya yang menanti anak bergraduasi.

“Pernahkah mereka terfikir? Ataupun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing,” soalnya.

Lapor portal itu lagi, Fahmi menyifatkan UM tidak tidak mempunyai belas kasihan dan simpati apabila menggantungnya tiga minggu sebelum peperiksaan bermula.

“Saya agak terkilan dengan tindakan UM, walaupun mereka sudah mempunyai keputusan lebih awal, sama ada menerima arahan dari mana-mana pihak atau terpaksa melakukannya, tidakkah mereka mempunyai rasa simpati dan empati?” soalnya lagi.

Namun, rayuan simpati yang diluahkan Fahmi dibidas oleh rakan Facebooker BBCD, Akai Zouri yang berkata tindakan UM itu wajar berdasarkan keangkuhan bekas pemimpin pelajar itu

“Eh…hari tu siapa yang bukan main berlagak cabar pihak pengurusan UM pecat dia?…. ni kira berperikemanusiaan la mereka tidak buang awak …hanya gantung 2 semester.,..tak apa lah…banyak masa lagi boleh la awak pergi sana sini menghasut anak bangsa supaya jadi macam awak,”katanya yang turut memetik kenyataan Fahmi di The Malaysian Insider

Fahmi dalam kenyataan di The Malaysian Insider, bertarikh 26 Okt, dengan angkuh telah mencabar pihak universiti mengambil tindakannya terhadapnya.

“Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia.

“Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik,” kata Fahmi kepada The Malaysia Insider.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana