Kaki buat kecoh di UM terima padah....

Ingat lagi kes, kaki buat kecoh di Universiti Malaya yang kononnya mereka pejuang hak asasi Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim... Pada Selasa dua daripada lapan orang lalu digantung pengajian di universiti tersebut.

Mereka sebelum itu bertanggungjawab mengadakan perhimpunan haram yang dihadiri Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim November lalu.

Dalam kejadian tersebut, pintu pagar Universiti Malaya pecah selepas dirempuh sekumpulan pelajar dalam usaha mereka untuk membawa masuk Anwar.

Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Pelajar Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mendakwa dia telah digantung selama dua semester dan didenda sebanyak RM600, sementara Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin pula digantung selama satu semester dan didenda.

Menurut Fahmi, empat lagi pelajar turut diberi surat amaran dan didenda RM150, manakala dua lagi pelajar, Khairol Najib dan Abraham Au, masing-masing dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, namun diberi amaran.

Dalam posting di akaun Facebook beliau, Fahmi berkata sesi pendengaran kes berkenaan berjalan selama 12 jam dengan seorang pelajar pada setiap sesi dan keputusannya juga diumumkan kepada pelajar berkenaan secara individu.

Bagaimanapun, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib universiti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana