Kaji kerakyatan Alvin, mana janji KPN


SHAH ALAM - Kerajaan digesa mengkaji semula status kerakyatan blogger seks, Alvin Tan kerana tindakan terbaharunya yang menghina dan mempertikaikan kewibawaan Sultan Selangor dalam laman Facebooknya, semalam.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU), Mohd Azli Mohd Saad berkata langkah itu perlu berikutan kebiadaban Alvin itu dilakukan berulang kali dan telah mencetuskan kontroversi serta menyentuh sensitiviti umat Islam dan Melayu di negara ini.

"Saya meminta kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana kenyataannya yang amat biadap dan tidak mencerminkan semangat perpaduan rakyat Malaysia.

"Saya minta Menteri Dalam Negeri mesti mengambil tindakan yang tegas, bawa dia ke muka pengadilan, kalau perlu lucut kerakyatan, lucutlah kerakyatannya.

"Orang seperti ini kita perlukan kerana boleh memecahkan perpaduan masyarakat, yang tidak tahu menghormati pemimpin dan tidak tahu menghormati Institusi Diraja," katanya kepada Sinar Online di Bangunan Umno Selangor, di sini hari ini.

Semalam, blogger seks itu telah memuat naik kenyataan yang menghina institusi Diraja Selangor secara terang-terangan dalam akaun Facebooknya.

Alvin, 26, dipercayai telah memuat naik kenyataan menghina Sultan Selangor itu ketika berada di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Alvin dihadapkan pertuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Penapisan Filem kerana memuat naik entry bak kut the pada bulan Ramadan tahun lepas dan gambar serta video seks bersama pasangannya, Vivian Lee dalam sebuah blog.

Mengulas lanjut, Mohd Azli juga mempersoalkan janji yang dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mahu menggunakan khidmat Interpol dalam membantu menangkap Tan yang kini berada di luar negara.

"Saya minta KPN jangan setakat hanya berjanji sahaja, dengan tegas, saya yakin mesti boleh cari (Alvin), saya yakin dengan teknologi dan kebijaksanaan polis dan Interpol, saya yakin Alvin Tan boleh dibawa ke muka pengadilan.

"Saya minta IGP jangan hanya berjanji, sudah lama dia buat macam-macam hal, dia kena dibawa ke muka pengadilan," ujarnya.

Beliau berkata lagi, kerajaan digesa mengenakan tuduhan hasutan di bawah Akta Hasutan 1948 ke atas Alvin berikutan posting terbaharunya itu.

"Saya cadangkan dia siasat di bawah Akta Hasutan kerana dalam Akta Hasutan itu tindakan menghina dan mempertikai arahan tuanku itu adalah salah satu yang boleh didakwa di bawah akta itu.

"Saya minta kerajaan dengan tegas jangan bagi muka kepada orang seperti ini, dah banyak kali, bukan sekali, dari segi agama dia hina, dari segi sultan dia hina, pemimpin dia hina," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana