Kajang terus dilanda banjir kilat...Lagi Salahkan Barisan Nasional..Bangangnya

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Banjir kilat terus berulang dan menjadi ‘mimpi ngeri’ buat penduduk Kajang setiap kali hujan lebat.

Dalam kejadian terbaharu hari ini, beberapa kawasan di pusat bandar dekat sini dinaiki air sedalam kira-kira 0.4 meter ekoran hujan lebat sejak pukul 3 petang ini.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, hujan lebat kira-kira dua jam itu menyebabkan paras air Sungai Jelok meningkat secara mendadak dan melimpah ke jalan raya.

“Setakat ini tiada kerosakan harta benda dilaporkan namun banyak premis yang terjejas dan air mulai surut dalam tempoh beberapa jam kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Lokasi terbabit turut ditimpa bencana sama pada akhir bulan Oktober dan 12 November lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam kempen pilihan raya kecil DUN tersebut Mac lalu turut menjanjikan penyelesaian masalah banjir berkenaan tetapi masih gagal mengotakan janji Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sejak 2008 itu.

Sementara itu, reaksi orang ramai di Twitter pula, rata-rata merungut kerana banjir kilat terus berlaku.

Mereka mahu tindakan segera diambil oleh Wan Azizah bagi menangani masalah tersebut.

Dalam pada itu, Wan Azizah menerusi Facebooknya berkata, banjir di Kajang berpunca akibat kelemahan sistem sungai dan parit yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Banjir di Kajang biasanya akan surut dalam tempoh setengah jam... Ia tidak sama seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang kadang-kadang berhari-hari tenggelam,” tulisnya dalam laman sosial itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana