KAJANG BANJIR...ADUN SERONOK NAIK BESKAL RAKYAT DERITA DISALAHKAN BN PULA...

 Tak susah menjadi wakil rakyat Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Mereka tidak perlu bekerja, tidak perlu tunjuk muka dan tidak pernah mengusahakan apa-apa untuk rakyat yang diwakili.

Cukup dengan menimbulkan isu-isu sensasi sambil mencantikkan isu-isu tersebut dengan perjuangan menentang rasuah, perjuangan menentang penyelewengan, perjuangan rakyat, dan sebarang ungkapan-ungkapan retorik yang lain.

Kalau dah terdesak dan terkantoi, cukup dengan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana setidak-tidaknya para penyokong mereka akan segera bersorak dan berguling-guling di atas lantai kerana mendapat 'hujah' yang paling hebat bagi mereka.Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarga mereka sekarang ini sedang bercuti dan makan angin di New Zealand.

Pada masa yang sama, DUN Kajang yang diwakili oleh Wan Azizah pula terlibat dalam banjir. Permatang Pauh jangan ceritalah... memang Anwar Ibrahim tidak pernah jenguk dan peduli kecuali untuk mengatur strategi memenangkannya dari segi politik serta berceramah dan menghasut.

Selain daripada itu, Anwar Ibrahim tidak pernah peduli sekalipun ketika dia masih dalam Kabinet 17 tahun lalu.Banjir di Kajang yang berselang dalam tempoh yang amat dekat, telah merugikan kebanyakan perniagaan termasuklah perbankan. Namun jawapan yang diberikan oleh Wakil Rakyat Kajang, amat memalukan. Bukan sahaja tidak setaraf dengan kipas hikmat tetapi juga langsung tidak layak berbanding sarung tangan putih yang tersarung menutup parut kesan kezaliman suaminya pada tangan kanannya.

Jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah menerusi twitternya, amat menggelikan hati. Sekaligus memperlihatkan betapa bodohnya seorang bekas doktor gigi yang menjadi isteri kepada Anwar Ibrahim sekaligus menyaksikan transaksi pembodohan akibat terlalu mempertahankan suaminya.

Alasan Wan Azizah yang sedang bercuti di New Zealand bersama-sama Anwar Ibrahim tentang banjir yang kerap melanda Kajang:

"Banjir di Kajang biasanya akan surut dalam tempoh setengah jam. Ia tidak sama seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang kadang-kadang berhari-hari tenggelam. Banjir di pekan Kajang akibat sistem sungai dan perparitan yang dibina sejak zaman BN."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana