'Jokowi Pembohong, Ingkar Janji Pilihan Raya' Lebih Kurang Lah Sama Dengan PR...

JAKARTA 2 Dis - Isteri aktivis hak asasi manusia terkenal Indonesia, Munir Thalib, mengakui kecewa dengan keputusan Presiden Jokowi membebaskan satu-satunya pesalah dalam kes berkenaan, Pollycarpus Budihari Priyanto, lebih awal dari sepatutnya.

Suciwati Munir turut menganggap Jokowi sebagai pembohong kerana mengingkari janjinya untuk menegakkan hak asasi manusia ketika berkempen dalam pilihan raya baru-baru ini.

“Saya kira ini perkara penting, yang digembar-gemburkannya adalah revolusi mental. Tapi, ini apa? Ini bohong! Saya tak lagi percaya pada janji. Andai presiden boleh berbohong, bagaimana pula orang bawahannya?” soalnya.

Suciwati menganggap pembebasan bersyarat Pollycarpus mencerminkan pemerintahan Jokowi sebagai sekadar memberi ilusi dan indah khabar dari rupa.

“Kalau Jokowi kata (dia mementingkan) kerja, kerja... itu bohong belaka!” katanya.

Munir, 39, meninggal dunia selepas diracun dengan arsenik ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke Amsterdam pada 7 September 2004.

Menurut laporan bedah siasat, Munir maut dua jam sebelum tiba di Schipol, Amsterdam, selepas diracun Pollycarpus ketika mereka transit di Singapura.

Hasil bedah siasat turut menunjukkan mayat Munir mengandungi tiga kali dos maut bagi arsenik.

Tiga suspek dinamakan dalam kes itu iaitu Pollycarpus - bekas juruterbang yang memberi tempat duduknya di kelas pertama kepada Munir - serta dua pramugari.

Pollycarpus didakwa memasukkan arsenik ke jus oren dihidangkan kepada Munir atas arahan Ketua Pegawai Eksekutif Garuda ketika itu, Indra Setiawan.

Sementara itu, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasona Laoly berkata, Pollycarpus sepatutnya dibebaskan pada zaman pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono lagi.

“Namun ketika itu ia tidak dapat dilakukan kerana proses rayuan terhadapnya belum selesai,” katanya.

Menurutnya, proses pembebasan bersyarat Polycarpus mengikut peruntukan ditetapkan.

Katanya, Pollycarpus sudah menjalani 2/3 atau lapan tahun dari keseluruhan jumlah hukuman penjara 14 tahun dikenakan terhadapnya. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana