Jgan sempitkan pemikiran kita.....TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK MENANGANI ISU BANJIR nih sebenarnyer bukan dibahu PM sorang

 Tak boleh kita menyalahkan PM Najib Razak hanya kerana banjir yang melanda sedangkan beliau berada di luar negara.Apa lagi beliau sedang mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika? Itu kerja seorang Perdana Menteri bukan hanya duduk di dalam negara,macam pegawai kerajaan.

Bukankah disetiap negeri ada Menteri Besar yang dilantik,mereka lah yang lebih bertanggungjawab keatas kesejahteraan negerinya.

Seperti contoh banji di Selangor,Kajang dan Kelantan,siap yg harus bertanggungjawab,PM Najib juga kah? Ada dimana MB Azmin Ali,YB DUN Kajang,Wan Azizah? Begitu juga dengan MB Kelantan serta pemimpin2 pembangkang..!! Setahu saya ada diantara mereka yang sedang melancong ke New Zealand..!! Kenapa tidak menyalahkan mereka?

Yang lagi menghairankan,mereka penyokong pembangkang pula yang sibuk mempersoal kehadiran PM Najib,tapi tida pada pemimpin mereka yang jelas tidak bertanggungjawab.

Kalian yang tidak berpuas hati harus faham,PM Najib tida pun pergi melancong suka suka sambil bermain golf.Beliau sedang bersama Presiden Amerika Syarikat,Barack Obama,atas urusan negara.

Apa lagi pertemua yang dirancang telah berlaku,mana boleh meninggalkannya begiti sahaja.Lain lah kalau bencana yang berlaku akibat peperangan sepertinya serangan bersenjata dari negara luar yang telah menyebabkan sebuah negeri yang telah hancur.Barulah boleh balik serta merta walaupun ketika itu sedang berbincang bersama Obama,sebab ia telah melibatkan kedaulatan sebuah negara..!!

Dalam pada itu,sepeninggalan PM Najib keluar negara,sempat lagi beliau meninggalkan pesan melalui akaun Twitternya sebagai permakluman umum.Bahawa semua keperluan mangsa banjir akan dihantar dengan kadar yang segera dan semua agensi yang terlibat akan dikerah ke tempat banjir bagi memberikan bantuan.

Jangan salahkan PM Najib,beliau sedang menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Negara.Lebih baik kalian persoalkan secara tegas ada dimana 'tanggungjawab' pemimpin pembangkang dari konteks banjir.Jangan pula kalian kata mereka sedang sibuk mengutip derma ya,sebab itu bukan kerja mereka.Atau kononnya sedang mengharungi bahaya banjir,sebab itu juga bukan ialan penyelesaiannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana