Jangan terpedaya pihak mendakwa ejen PR1MA – PM

PUTRAJAYA, 16 Dis. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya de­ngan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa mereka sebagai ejen Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), de­ngan mengenakan bayaran ter­tentu untuk memiliki rumah itu.

“Mereka ini menipu orang ramai yang kononnya mewakili PR1MA dan mengutip kutip sumbangan daripada orang ramai yang berkeinginan mahukan rumah mampu milik,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Negara di sini, hari ini.

Najib berkata, pihak PR1MA telah membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan.
“Saya harap agar orang ramai supaya tidak mudah terpedaya de­ngan surat-surat yang dikeluarkan atas nama kononnya mereka ini mewakili PR1MA atau melaksanakan projek perumahan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PR1­MA Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi proses pembelian rumah berkenaan.
“Ada orang salah guna (projek PR1MA) kononnya bayar RM2,000 boleh dapat (permohonan) rumah PR1MA, tapi yang sebenarnya orang awam hanya perlu mendapatkan permohonan secara online atau pergi pejabat kita isi borang, tidak kena apa-apa bayaran,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana pemaju yang ingin bekerjasama dengan PR1MA juga diminta hadir berjumpa pihak pengurusan PR1MA sendiri untuk sebarang pertanyaan.

“Kita tak lantik wakil pemaju untuk buat rumah PR1MA atau ejen nak membeli rumah,” kata­nya sambil menambah kerajaan memberi jaminan harga rumah PR1MA adalah 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran. 
– BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana