Isu penggunaan 'Allah' kerja media Umno - Lim..Tengoklah UMNO Jugak Yang Kena....

SUBANG JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa tindakan polis yang mahu menjalankan siasatan terhadapnya berhubung jaminannya mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Pualu Pinang adalah akibat 'mainan media umno'.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberitahu perkara itu akan disiasat sekiranya ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

"Ini bukan isulah, kamu tahulah media Barisan Nasional (BN).

"Saya sudah keluarkan kenyataan.Terima Kasih," katanya ringkas kepada pemberita dalam satu majlis DAP hari ini.

Lim sebelum ini berkata berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Awam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak ada menyebut larangan terhadap bukan Islam untuk menggunakan 'Allah'.

Namun jelas bahawa fatwa sebelum ini  yang dikeluarkan dan menyenaraikan 40 perkataan termasuk Allah yang tidak boleh digunakan oleh buan Islam.

Semalam Zahid menegaskan bahawa tugas memberi keizinan seperti itu sama sekali bukan dalam bidang Ketua Menteri seperti Lim.

Beliau berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.

Dalam pada itu pihak berkuasa Pulau Pinang juga dimaklumkan akan membuat siasatan terhadap kenyataan Lim itu berikutan terhadap laporan polis yang diterima.

Laporan polis dibuat pada Jumaat oleh Pergerakan Pemuda Umno Bukit Mertajam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di Bandar Perda berhubung kenyataan Lim kerana mendakwa ia merupakan satu campur tangan ketua menteri dalam hal ehwal agama Islam.

Dalam satu kenyataan berasingan yang dikeluarkan Lim, beliau berkata tindak balas terhadap kenyataan itu bertujuan mengalih pandangan rakyat berhubung kontroversi mengenai beban kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana