INilah Muka Muka....15 penyokong bola dicari bagi bantu siasatan

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan 15 penyokong bola sepak bagi membantu siasatan insiden penyokong Vietnam diserang selepas pasukan negara tewas 1-2 pada saingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, kerjasama 15 individu berkenaan diperlukan bagi membolehkan siasatan kes diselesaikan segera.

"Kita dalam proses untuk kenal pasti siapa yang terlibat (dalam insiden itu). Dalam konteks negara kita, tiada individu yang kebal dan tidak melangkaui undang-undang.

"Semua kita siasat dan kita bertanggungjawab untuk melindungi sesiapa pun yang berada di negara ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Insiden berkenaan berlaku beberapa minit sebelum perlawanan tamat apabila sekumpulan penyokong Harimau Malaya dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.

Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam cedera dipukul.

Orang ramai yang mengenali 15 individu berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Chang Sing Kong di talian 016-7723336 atau pegawai penyiasat kanan ASP Mohd Amirul Abdullah di talian 012-4748870 atau menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana