Ibrahim Ali Fail Saman The Star

KUALA LUMPUR 26 Dis - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman fitnah terhadap akhbar The Star dan seorang lagi berhubung penerbitan sebuah artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya, pada 2 November lepas.

Ibrahim, 63, memfailkan saman itu melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates menggunakan proses "e-filing" di Mahkamah Tinggi di sini, bagaimanapun kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Publications (M) Berhad Datuk Seri Wong Chun Wai sebagai defendan pertama dan Star Publications (M) Berhad sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan, Ibrahim mendakwa pada 2 November lepas, Wong telah menulis dan menerbitkan artikel berjudul "A mind-boggling spin" di blognya "Onthe Beat" dan artikel itu kemudian diterbitkan semula di 'The Star Online' dan akhbar The Star.

Beliau mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu membawa maksud antaranya ialah plaintif seorang pelampau agama, memperlekeh agama Kristian dan telah melakukan kesalahan besar serta tidak sepatutnya dilepaskan.

Selain itu, Ibrahim berkata artikel itu mendakwa beliau adalah pelampau yang sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang, sepatutnya ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan. Artikel itu juga mendakwa plaintif mengeluarkan kenyataan yang menyerang dan menghina penganut agama Kristian serta menimbulkan perbalahan dan permusuhan di antara kaum dan penganut agama di negara ini.

Ibrahim mendakwa bahawa disebabkan perkataan fitnah itu, reputasi beliau terjejas teruk, mengalami kerugian teruk dan dipandang rendah oleh masyarakat.

Sehubungan itu, Ibrahim memohon defendan membayar ganti rugi am, teruk, teladan dan injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan memfitnah terhadapnya sama ada secara maya atau bercetak.

Selain itu, beliau juga memohon faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun, kos tindakan dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana