Hudud : Kit Siang ancam nak boikot mesyuarat Pakatan

Semua petanda sehingga saat ini jelas menunjukkan kerajaan negeri Kelantan akan jalan terus dengan jadualnya untuk adakan sidang khas Dewan Undangan Negeri mengenai Hudud pada 29 Disember ini.
Malah Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob kata sekalipun Kelantan menghadapi banjir sekarang sidang DUN khas itu tetap akan diadakan.

Pendirian tegas kerajaan PAS Kelantan ini menjadikan rakan Pakatan - DAP dan PKR makin tidak senang duduk melihat usaha mereka menentangnya tidak dipedulikan.

Terbaru Rabu,otai DAP Lim Kit Siang ugut hendak memboikot mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan di masa akan datang jika sidang khas DUN itu diteruskan.

Bapa kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa PAS Kelantan telah melanggar dasar bersama Pakatan kerana secara bersendirian hendak teruskan perlaksanaan Hudud.

Jika langkah itu diteruskan,Kit Siang kata beliau tidak nampak keperluan untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan di masa akan datang.

Katanya beliau menyerahkan kepada partinya untuk memutuskan langkah seterusnya.

Tindakan orang kuat DAP yang berpengaruh dalam Pakatan hendak memboikot mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan sudah tentu akan mengawatkan hubungan gabungan DAP-PKR dan PAS itu.

Ini kerana besar kemungkinan berbagai keputusan yang hendak dibuat oleh majlis 'akan sangkut' .

Kebelakangan ini sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor ,Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah lama tidak hadir mesyuarat majlis itu.

Selasa,Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor,Azmin Ali menegaskan Hudud bukan dasar bersama Pakatan dan jika ada cadangan baru mengenainya ia harus terlebih dahulu dibawa kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan.

Katanya setakat ini hal itu belum dibawa ke mesyuarat lagi.

Sidang khas DUN Kelantan yang dijadual pada 29 Disember ini adalah bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud.

Menteri Besar Kelantan sebelum ini sudah menjelaskan pindaan itu perlu dibuat terlebih dahulu sebelum rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan Hudud dibawa ke Parlimen.

"Pindaan ini semata-mata untuk melayakkan kita untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ke Parlimen di mana kita merujuk kepada Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan.

"Mengikut Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh melaksanakan undang-undang berkenaan setelah mendapat kebenaran Parlimen," katanya.

Ditanya mengenai bantahan kaum Cina berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Ahmad berkata pelaksanaannya hanya melibatkan hukuman terhadap umat Islam.

"Ini perkara tidak berbangkit sebab kita menghormati agama lain dan undang-undang hudud ini tidak melibatkan orang bukan Islam, hanya Islam sahaja dan mereka (orang bukan Islam) layak memilih untuk diadili secara sivil atau hudud," katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri ini.

Katanya, ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana