HARUS DIBACA..!! AKTA HASUTAN AMBIGA SEMBUNYIKAN FAKTA SEBENAR DEMI SELAMATKAN MATLAMAT MISI ALVIN DAN ALI ABDUL JALIL..!!

Ambiga kesal dengan kerajaan Malaysia menganiayai hak kebebasan rakyat sehingga terpaksa membuat permohonan suaka di luar negara..!!
Ambiga berkata,permohonan suaka politik oleh aktivis Ali Abdul Jalil dan penulis blog kontroversi Alvin Tan memberi imej buruk kepada negara ini.
Ini kerana,jelas Ambiga,dengan permohonan suaka politik itu,ia memberi gambaran bahawa Malaysia tidak dapat memberi jaminan keselamatan kepada seseorang yang memberikan pendapat mereka.

IA BUKAN PERSOALAN TENTANG PILIHAN.TETAPI LELAKI MUDA INI MELARIKAN DIRI KERANA DIA TAKUT DENGAN KEHIDUPAN DIA.
DAN ITU MENJADI ASAS KENAPA DIA MENDAPAT SUAKA POLITIK.DAN SEBENARNYA,SUAKA POLITIK YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA,MEMBERI GAMBARAN BURUK KEPADA (NEGARA) KITA.
BENARKAH MEREKA DITINDAS:

Ambiga langsung tidak mahu menyentuh kenapa mereka berdua di tangkap?
Kenapa Ambiga bertindak membutakan mata yang remaja ini perlu dihukum kerana melanggar undang2 yang termaktub.

PERLUKAH ALVIN DIHALALKAN MELAKUKAN AKTIVITI PENYEBARAN LUCAH SAMA ADA DALAM BENTUK GAMBAR,VIDEO DAN PENULISAN.
MANAKALA ALI DIBERI HAK BERSUARA MENGHASUT HAPUSKAN RAJA-RAJA?

Ali Abdul Jalil anak muda kelahiran Pulau Pinang berusia 27 tahun,telah didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya di media maya Facebooknya bahawa dia mahu UMNO dan Sultan-Sultan dihapuskan dari bumi Malaysia ini..!!
Tidak jadi isu sangat kalau Ali hanya menyebut UMNO.Tetapi bila Ali berani menyebut soal kedudukan Raja-Raja berpelembagaan itu adalah salah.
Adakah Ambiga mahu remaja seperti ini menjadi contoh supaya lebih ramai bangkit sepertinya?
Alvin Tan adalah remaja kontroversi dengan halaman pornonya.Adakah Ambiga mahu kebebasan rakyat Malaysia menerbitkan halaman berbogel,sex bebas atau gay sesuka hati tanpa dihalang oleh kerajaan.Dan Alvin juga menghina agama Islam dianggap sebagai gurauan.

BERDASAR HUJAH DIATAS:

1) mEREKA TIDAK DITANGKAP KERANA MENGUTUK KERAJAAN.
2) Sebaliknya ditangkap dan didakwa kerana menghasut untuk menghapuskan Raja Berpelembagaan dan menghina agama Islam.

ADAKAH AMBIGA BERPENDAPAT MEREKA DIUSIR DARI NEGARA INI?
Kenapa Ambiga tidak mendedahkan mereka diusir keluar negara? Sudah pasti Ambiga tidak akan bercakap sedemikian kerana Ambiga sedar kedua-dua remaja ini melarikan diri dari dihukum.
Adaka Ambiga masih berpegang kepada kerajaan tidak boleh menghukum mereka kerana itu hak asasi mereka untuk berbuat apa sahaja.

SIAPA AMBIGA DAN MOTIF PERJUANGANNYA?

Ambiga adalah seorang peguam yang menjadi ahli DAP,dan motif penubuhan DAP adalah sebuah Kapitalis Parti yang berikrar akan menghapuskan hak-hak Melayu yang termaktub demi kesesamaan kaum.
Adakah atas motif ini,langkah yang terbaik adalah menghalang kerajaan mengambil tindakan keatas dua remaja ini kerana ini akan membantukan kebangkitan rakyat menentang Raja,menentang Perlembagaan dan meruntuhkan semangat negara Islam kepada lebih pluralisme yang sanggup mengorbankan tatatusila yang sanggup mengorbankan tatatusila Agama Bangsa dan Negara.

PERLUKAH RAKYAT MALAYSIA MEMBENARKAN PENGHINAAN SISTEM DIRAJA DI MALAYSIA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN.

Di ketika ini Ambiga dan sekutunya sedang berusaha untuk menghapuskan Akta Hasutan yang mana nanti sesiapa sahaja boleh menghina Raja dan Agama Islam sesuka hati tanpa ada sebarang tindakan.Jadi apa muslihat Ambiga sebenarnya.

AMBIGA KATA ADA BANYAK LAGI UNDANG2.

Apa guna ada berjuta undang2 kalau kesalahan Alvin dan Ali ini Ambiga sudah anggap tidak perlu dihukum?
Ambiga sedarkan mereka didakwa atas kesalahan menghina Raja dan Islam.Jadi kalau undang2 lain pun dan didakwa atas kesalahan yang sama.
Kerana sekarang Ambiga sedang berusaha untuk mempertahankan hak mereka menjadi biadap menghina Raja dan Islam.Apa bezanya kalau ada undang2 lain?
Sebenarnya bukan undang2 tetapi apa niat sebenar Ambiga mahu membela remaja ini?
Ada beberapa persoalan lain untuk kita fikirkan,kenapa budak remaja mentah ini dapat memohon suaka dengan mudah dan siapa yang tolong?
Ini permainan licik dengan penuh muslihat,dari tangan2 cuba kaburkan motif sebenar penangkapan mereka dan kenapa mereka melarikan diri dan siapa yang taja mereka mendapat suaka?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana