Harga Minyak Turun Lagi 1 Januari...Terbaik

KUALA LUMPUR 12 Dis - Datuk Ahmad Maslan mengumumkan harga petrol RON95, RON97 dan diesel akan diturunkan lagi pada 1 Januari ini, lapor Utusan Malaysia.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, penurunan harga itu akan dibuat sekiranya harga minyak pasaran dunia terus mencatatkan trend penurunan sepanjang bulan ini.

“Mengikut trend 10 hari dalam Disember ini, harga ketiga-tiga bahan bakar ini terus menurun.

“Namun kita akan buat pengiraan mengikut purata keseluruhan berapa banyak jumlah yang akan diturunkan, tetapi kita pasti ia akan menggembirakan rakyat,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Sebelum ini harga diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter tetapi harga RON97 turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Pada 21 November, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana