GST: Keliru atau nak kelirukan orang?Pemimpinan PR Kerja Putar Belitkan Isu

Isu ini mungkin nampak kecil tetapi kesannya sudah pasti boleh bikin ramai orang marah pada kerajaan.

Hairan juga seorang yang berjawatan Ketua Menteri boleh main cakap tanpa usul periksa terlebih dahulu dari pihak yang berkenaan.

Apakah Lim Guan Eng hendak tunjuk hero rakyat kata kerajaan negeri Pulau Pinang menolak cadangan Pusat untuk kenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap pengguna Jambatan Pulau Pinang dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di negeri itu.

Ketua Menteri itu berkata langkah dibuat kerajaan Pusat itu akan membebankan kira-kira 1.6 juta penduduk di negeri ini kerana dengan adanya GST harga tol dan kos lain akan naik.

Sayang sikit beliau salah tembak.

Soalnya apakah beliau keliru atau sengaja hendak kelirukan orang?
Ekoran dakwaan Guan Eng itu,Khamis Jabatan Kastam Diraja Malaysia segera mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa tiada kutipan GST akan dikenakan terhadap pengguna jambatan di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata di bawah Perintah GST (Pembekalan Dikecualikan) 2014, lebuhraya bertol di jalan awam adalah termasuk jambatan, dan perkhidmatan itu dikecualikan daripada pelaksanaan cukai itu yang bermula 1 April 2015.

"Pihak Kastam juga pada bila-bila masa tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penarikan balik status pengecualian GST berkenaan," katanya..

Rabu satu portal berita melaporkan Guan Eng berkata beliau mendapat tahu bahawa pengecualian GST untuk jambatan berkenaan telah ditarik balik, semasa taklimat oleh Jabatan Kastam bulan lepas.

“Salinan asal (senarai cukai GST) menyebut bahawa jambatan bertol bersama dan lebuhraya dikecualikan dari GST.

“Tapi, dalam senarai baru tol jambatan sudah tidak disebut lagi dari pengecualian itu.” ujar Guan Eng.

Ketua Menteri itu kata kerajaan negeri akan menulis surat rasmi untuk minta penjelasan tentang pengecualian yang dibatalkan oleh kerajaan pusat.

“Hal (pembatalan pengecualian) ini harus dibetulkan segera.” katanya.

Beliau berkata tindakan itu akan memberi kesan kepada jutaan pengguna Jambatan Pulau Pinang dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Pulau Pinang.

Beliau berkata mereka yang menggunakan Tambak Johor dan Link Kedua di Johor juga akan perlu membayar GST untuk ke Singapura.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana