FAHMI ZAINOL DAKWA DR MAHATHIR TIDAK SECERDIK DAHULU KERANA FAKTOR USIA...BANGANGNYA FAHMI NI

Kuala Lumpur – Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol hari ini berkata, muhasabah penguasa adalah satu kewajipan di dalam Islam dan tanggungjawab itu terletak di bahu setiap umat Islam, tanpa mengira lelaki atau wanita, serta di mana sekalipun mereka berada.

Katanya, Allah S.W.T telah mewajibkan kepada pemerintah untuk memerintah berdasarkan al-Quran dan Sunnah, umat Islam pula diwajibkan mentaati ulil amri (pemerintah) selama mana mereka masih berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah.

Fahmi bagaimanapun berkata, kerajaan sekarang telah menyimpang daripada kedua-duanya, maka sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam (perkara) memaksiati Allah [HR Ahmad]”.

Mahasiswa yang sedang digantung pengajian di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu berkata demikian, berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengingatkan mahasiswa bahawa al-Quran tidak mengajar umatnya berdemonstrasi, sebaliknya pelajar universiti harus memenuhi amanah mereka untuk menuntut ilmu.

Fahmi yang turut berkongsi kenyataan Dr Mahathir itu di laman Facebooknya berkata, wajib muhasabah kepada pemerintah dilakukan dalam pelbagai bentuk yang dibenarkan syarak dan tidak terbatas hanya kepada satu bentuk tertentu.

“Ia boleh dilakukan secara individu mahupun berkumpulan, secara lisan atau penulisan, baik di media cetak ataupun elektronik.

“Demonstrasi adalah salah satu daripada bentuk muhasabah yang dibenarkan, dengan syarat tidak melakukan kerosakan di dalamnya. Dalil-dalil secara amnya, membolehkan anggota masyarakat berkumpul dan menyuarakan pendapat selama mana pendapat tersebut dibolehkan dalam Islam,” tulisnya di laman Facebooknya.

Menurutnya, mahasiswa sudah menggunakan pelbagai cara untuk menegur pemerintah, sama ada melalui surat, memberi cadangan penambahbaikan, serta pelbagai lagi bentuk teguran yang diberikan, namun ia tidak dilayan.

Sehubungan itu, jelasnya, berdemonstrasi adalah langkah terakhir supaya pemerintah dengar suara dan teguran mahasiswa.

“UMNO/BN tidak usahlah berbicara soal berdemonstrasi, sedangkan UMNO sendiri melakukan demonstrasi sejak 1946 untuk membantah Malayan Union.

“Persoalan yang ingin lontarkan pada Mahathir ,di mana petikan al-Quran serta dalil-dalil yang menghalalkan aktiviti pemerintah (UMNO/BN) yang selama ini sentiasa bergelumang dengan aktiviti rasuah, riba, penyelewengan kuasa dan harta, penindasan terhadap masyarakat dan sebagainya?” soalnya.

Fahmi turut berpendapat, kenyataan Dr Mahathir semakin berbeza dari hari ke hari dan tidak secerdik dahulu, mungkin kerana usianya yang semakin meningkat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana