Editor Indonesia didakwa Hina Tuhan Siar Kartun IS

JAKARTA 12 Dis - Ketua pengarang sebuah akhbar utama bahasa Inggeris di Indonesia dinamakan sebagai suspek dalam kes penghinaan terhadap Tuhan selepas menyiarkan kartun mengenai kumpulan Negara Islam (IS), kata polis hari ini.

Meidyatama Suryodiningrat dari akhbar Jakarta Post boleh dihukum penjara sehingga lima tahun sekiranya didapati bersalah.

Kartun itu yang disiarkan dalam akhbar terbabit pada 3 Julai lalu, menunjukkan seorang lelaki mengibar bendera yang tertulis ungkapan bahasa Arab, 'Tiada Tuhan selain Allah' di atas gambar tengkorak dan tulang bersilang, serta pejuang bersenjata sebagai latar belakang.

Berikutan kemarahan pergerakan Islam, akhbar itu menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan dan menarik balik kartun itu lima hari kemudian dan menegaskan ia hanya bertujuan untuk mengkritik penggunaan simbol agama dan pencelaan terhadap IS.

Pergerakan Islam yang menggelar diri mereka 'Muslim Preachers Corps' membuat aduan kepada polis dan jurucakap polis Jakarta, Rikwanto hari ini berkata, Suryodiningrat dinamakan sebagai suspek pada hari sebelumnya.

"Status MS dinaikkan kepada suspek," kata jurucakap berkenaan, menggunakan nama singkatan editor terbabit.

Media tempatan melaporkan dia akan dipanggil untuk disoal siasat minggu hadapan.

Dalam sebahagian kes jenayah di Indonesia, orang dinamakan sebagai suspek dan hanya akan ditahan pada tarikh lain.

Dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman web Jakarta Post, Suryodiningrat berkata, akhbar berkenaan agak hairan dengan tindakan itu.

"Apa yang kami siarkan adalah hasil kewartawanan mengkritik pergerakan IS, yang melakukan keganasan atas nama agama," katanya.

Bulan lalu kumpulan hak asasi, Amnesty International menggesa Presiden Joko Widodo supaya memansuhkan undang-undang menghina Tuhan, dan menyatakan kes mereka yang dipenjarakan kerana melanggar peraturan itu meningkat di bawah bekas presiden.

Editor majalah Playboy versi Indonesia, Erwin Arnada, dipenjara dua tahun pada 2010 kerana majalah itu penerbitan kandungan lucah tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan dua tahun kemudian. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana