DULU BUKAN MAIN LAGI PUJI DAP.....PAS KATA DAP DAH FAHAM ISLAM?

Sebelum ini PAS dengan bangganya mendakwa telah berjaya memberikan kefahaman tentang Islam kepada DAP. Kata mereka DAP sudah faham tentang Islam dan akan menerima pelaksanaan HUDUD. PAS juga melabel UMNO menolak Islam kerana menolak HUDUD.

Hakikatnya DAP tetap DAP. Bukan kata PAS nak ubah DAP, nak mencalar pun PAS tak mampu. 938 perwakilan DAP sebulat suara menolak HUDUD semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014. Sebelum ini LGE telah mengumumkan bukan islam boleh menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang.

Sekarang dah terbukti bahawa kata2 dan dakwaan PAS hanyalah retorik sahaja. Kata mudahnya PAS hanya berbohong demi untuk servival parti dan pemimpin mereka untuk terus bernyawa.

Kita lihat PAS yang akan membentangkan rang undang2 HUDUD pada awal tahun 2015 setelah ditangguhkan. Mereka sepatutnya membentangkan pada tahun ini (2014) tetapi ditangguhkan kerana untuk meneliti dan merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya ke arah pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

59 Ahli Parlimen DAP yang PAS kata sudah menerima Islam sudah pasti tidak akan menyokong. Kita akan lihat juga Ahli Parlimen Islam UMNO yang dikata menolak Islam, adakah semuanya menyokong atau menentang. Ahli Parlimen PKR Islam akan menyokong atau menentang. Begitu juga 21 Ahli Parlimen PAS sendiri semestinya 100% menyokong.

Tunggu sahaja nanti. Itu pun jika tidak tercipta alasan baru untuk menangguhkannya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana