DAYUS PEMIMPIN ISLAM BENARKAN MUSLIM TERIMA BANTUAN GEREJA.....

Tindakan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Paderi Kristian memberi bantuan kepada orang Islam merupakan satu penghinaan terbesar dalam sejarah tamadun Islam.

Tidak pernah dalam sejarah Islam walaupun pada zaman penuh kesusahan dan kedaifan, ada Khalifah Islam berdiri dalam majlis yang membenarkan orang Kristian memberi bantuan kepada orang Islam.

Islam tidak menghalang orang Islam menenerima bantuan dari bukan Islam namun menerima bantuan dari paderi Kristian merupakan tindakan membenarkan dakwah agama lain ke atas umat Islam.

Apa sudah jati dengan wang zakat berjumlah ratusan juta setiap tahun di Selangor?

Kita faham, Pakatan sedang terdesak nak bolot undi cina 100% dari 95% sekarang, tapi apakah semua benda dalam dunia ini mengenai undi dan kuasa? Mana moral dan agama?

Apakah tiada orang Islam merasa terhina melihat seorang muslim terpaksa mengambil bantuan dari Paderi Kristian?

Tapi yang lebih menyentuh perasaan penulis ialah bila dalam acara yang dimaksudkan, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berada di situ melihat sahaja gereja memberi bantuan kepada orang Islam.

Walaupun tak dicakap, tapi ia membawa mesej macam duit zakat dan BaitulMal di Selangor tak cukup sehingga nak kena harap gereja juga untuk beri bantuan. Penulis bagaimanapun tak rasa itu kesnya kerana penulis difahamkan kutipan zakat di Selangor adalah antara yang terbesar di Malaysia sehingga cuba nak dibolot untuk kepentingan yang tidak layak mendapatkannya.

Percayalah, ini lebih kepada sandiwara politik yang berselindung di sebalik hujah ‘tidak ada undang-undang dalam Islam yang melarang perkara tersebut dari dilakukan’.

Azmin lebih baik berdoa dia ada cengkerang macam kura-kura, boleh sorok muka kat situ kerana inilah nasib orang Islam di Selangor dibawah pemerintahan PKR. Kerajaan negeri (yang turut dianggotai PAS) disebalik semua cakap besar tentang berkebajikan dan apa kejadah yang lain, harap gereja juga untuk beri bantuan kepada orang Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana