'Daripada 8, Hanya 1 Kaunter Kiraan Undi Mereka Tunjuk'...Penipu Besar Majlis PEguam.

Kemaruk Kuasa jugak Majlis Peguam...takut hilang kuasa lah tu.Nama saja Majlis Peguam tak ada kepentingan masing masing.Pandai sangat condem kerajaan Undi tak BERSIH lah...Ptuihhh.

KUALA LUMPUR 4 Dis - Hanya satu daripada lapan kaunter pengiraan undi yang ditunjukkan kepada calon ketika proses pengiraan undi pemilihan Majlis Peguam bagi penggal 2015-2016.

Calon Mohd Khairul Azam Abdul Aziz juga berkata, proses pengiraan undi yang ditunjukkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu turut terganggu dengan sistem yang buruk.

"Ini merupakan tahun ketiga saya bertanding dalam pemilihan Majlis Peguam. Namun ini adalah tahun pertama saya menyaksikan proses kiraan undi yang ditunjukkan menerusi tiga sudut CCTV. Gangguan sering berlaku sejak jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang berikutan sistem 'wifi' yang teruk."

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Rakyat News pagi tadi.

Dalam perkembangan sama, Mohd Khairul Azam juga memberitahu bahawa para calon tidak mengenali pihak pemantau yang terlibat dengan proses pengiraan undi tersebut.

"Proses pengiraan undi ini dilakukan pada 1 Disember juga melibatkan tiga orang pemantau. Calon tidak mengenali pemantau ini dan mereka dilantik oleh Majlis Peguam."

Sehubungan itu beliau menegaskan bahawa Parlimen perlu meminda akta yang bersesuaian dengan cadangan-cadangan atau penambahbaikan melibatkan Akta Profesion Undang-undang 1976.

"Tidak salah sekiranya Majlis Peguam sendiri untuk menyokong pindaan ini seperti menghapuskan sistem undi pos dan tambahbaik proses kiraan undi.

"Semua reformasi yang dicadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya diimplimentasikan ke dalam Majlis Peguam," tegas beliau.

Pemilihan Majlis Peguam yang berlangsung Ahad lalu menyaksikan sebanyak 23 calon bertanding untuk mengisi 12 kerusi ahli jawatankuasa badan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana