DAP TUNTUT KERUSI TIMBALLAN SPEAKER DUN SELANGOR......LEPAS INI APA LAGI

Masih belum berpuas hati, DAP Selangor akan terus menuntut kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meskipun jawatan itu telah diberikan kepada Pas.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, pihaknya akan menuntut supaya dua jawatan berkenaan diwujudkan kerana kedua-dua parti terbabit layak selepas menunjukkan sokongan penuh kepada pakatan pembangkang ketika krisis menteri besar lalu.

Beliau turut mengakui wujudnya perjanjian untuk memberikan kerusi tersebut kepada DAP selepas tamat krisis dan majlis pimpinan pakatan pembangkang telah bersetuju melantik seorang lagi Timbalan Speaker DUN.

“Kita tidak berganjak dengan pendirian kita walaupun terpaksa diserang pelbagai pihak.

“Kita akan bertemu Azmin bagi membincangkan tuntutan ini dalam masa terdekat sebelum membawanya ke dalam sidang DUN,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi daripada Pas, Mohd. Shafie Ngah baru-baru ini dilantik menjadi Timbalan Speaker DUN selepas mendapat 28 undi berbanding Suee Lim yang memperoleh 14 undi.
Mohamed Azmin sewaktu permulaan pentadbirannya berjanji memberikan kerusi itu kepada Pas dan sebagai ganti, kerusi Exco Pas dikurangkan menjadi tiga daripada empat.

Suee Lim menambah, satu lagi jawatan Timbalan Speaker DUN boleh diwujudkan dengan mengubah enakmen sahaja tetapi pakatan pembangkang harus mencapai persetujuan terlebih dahulu.
“Permintaan ini adalah wajar kerana DAP Selangor mempunyai 15 kerusi DUN iaitu lebih banyak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Persoalannya sekarang, kenapa PKR boleh ada jawatan menteri besar, tambah (kerusi) Exco?,” katanya.

PS....Sampai bila2 pun DAP tak akan berpuas hati walau.pun sama2 dlm parti pembangkang. Apa akan berlaku sekira parti DAP

memenangi majoriti dlm PRU 14. Ada kah mereka sekali lagi
berarak dijalan raya seperti dulu
dng lantang dan ego menyuruh
kerajaan sedia ada turun tahta.
Mari kita berdoa agar peristiwa 13 Mei tak berlaku kembali.
Oleh yang dèmikian orang UMNO dan PAS perlu bersatu demi bangsa dan agama.Kuat
kan kuasa Melayu sebelum ia terlambat. Jangan sampai bangsa asing mengusai kita.
Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur.Bersatu kita teguh bercerài kita roboh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana