DAP Selangor terus tunjuk belang...Tak Apa PAS Tak Kisah

Ingatkan semuanya sudah beres selepas DAP gagal berentap dengan PAS untuk kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.

Rupanya dihati DAP Selangor tetap merasa berhak mendapat habuan jawatan itu sekalipun asalnya dikhaskan untuk calon PAS.

Isu jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor bergema balik dalam konvensyen DAP Selangor Ahad.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua tidak berselindung menyuarakan hajat parti itu mahukan satu jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor diwujudkan dan diberikan kepada wakil DAP.

Katanya bukan niat DAP nak halau Timbalan Speaker PAS yang sudah dipilih tetapi cuma mahukan jawatan tambahan.

Tony Pua juga kata DAP terus menerus setia pada Pakatan dalam krisis Menteri Besar Selangor sebaliknya PKR yang dapat kerusi lebih Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam pemilihan jawatan Timbalan Speaker pada sidang DUN Selangor pada 24 November lalu DAP telah tunjuk belang pasang calonnya sendiri Ng Suee Lim,ADUN Sekinchan sekalipun asalnya sudah dipersetujui oleh Pakatan jawatan itu dikhaskan untuk ADUN PAS.

Jawatan itu dimenangi ADUN PAS Bangi Dr Mohd Shafie Ngah.Namun semua 14 ADUN DAP mengundi calon DAP.
Speaker DUN Selangor kini adalah Hannah Yeoh dari DAP.

Perbuatan DAP pasang calon dalam pemilihan jawatan Timbalan Speaker DUN telah menguris hati PAS Selangor.

Namun seperti biasa PAS tidak berani memekak lebih-lebih kerana suaranya sudah lemah dalam politik Pakatan Selangor kerana ikatan kuat DAP dan PKR ekoran krisis Menteri Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana