DAP nekad kukuhkan kuasanya di Selangor....Sedar Lah Bangsa Melayu Kita

DAP jelas tidak bergurau. Pada permulaan sidang Dewan Isinin minggu lalu, ia mencabar PAS mengisi kerusi berkenaan dengan mencalonkan wakilnya, Ng Sue Lim untuk jawatan Timbalan Speaker.

Pada mulanya DAP menyuguhkan alasan berbuat demikian sebagai suatu simbol protes terhadap sikap presiden PAS yang keberatan mematuhi adab tahaluf siyasi dengan kerap tidak hadir mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.

Namun bila ada bidasan yang mencuit sensitiviti pemimpin PAS lain, DAP mengungkit pula soal janji Azmin mahu memberikan jawatan itu kepadanya pula. Nampaknya serius benar sikap DAP dalam isu ini.

Sekaligus ia memberi isyarat bahawa tahap tasamuh atau tolak ansur DAP dengan kerabatnya dalam PKR tidaklah begitu matang dan tinggi. Baginya pepatah “ada ubi ada batas” mesti dilengkapkan dengan “budi DAP mesti dibalas”.

Parti ini tidak segan silu menuntut “habuan bagi setiap zarrah” sumbangannya. Asasnya, DAP berkira soal untung politik sahaja.

Ini berbahaya. Jika begini sikap DAP bagaimana agaknya jika Pakatan Rakyat menguasai majoriti dalam Dewan Rakyat atau Dewan-dewan Undangan Negeri selain Pulau Pinang? Sudah pasti PAS dan PKR akan dipaksa tunduk setiap tuntutannnya!

Yang disegani DAP dalam Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun ketika nasib Anwar terumbang ambing dalam kes mahkamahnya sama ada dipenjara atau tidak, DAP menunjukkan halobanya.

Malangnya, Anwar sudah berulang kali mengisytiharkan keyakinannya bahawa kepentingan orang Melayu-Islam tidak terjejas walaupun PAS dan PKR terus bekerjasama dengan DAP!

Anwar menyandarkan pendiriannya pada hakikat bahawa Melayu-Islam masih golongan majoriti di Malaysia. Maka tidak mungkin baginya, Melayu-Islam akan kehilangan kuasa kepimpinan negara.

Anwar nampaknya berpura-pura tidak sedar bahawa pendirian dan tindakannya itu pada realiti sebenarnya membelah-bahagi kesatuan Melayu-Islam kepada tiga golongan – PAS, PKR dan Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana