DAP naik tocang, Anwar Ibrahim buat tak pandang?

Jika hasrat DAP mahu jawatan Timbalan Speaker II Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diwujudkan bukan dirangsang oleh sikap tamak kuasanya, apakah maksud sebenar di sebalik gesaannya itu?

Adakah parti itu sekadar mahu menduga-duga tahap kesabaran dan keberanian politik Menteri Besar, Azmin Ali supaya “tunduk” kepada pengaruhnya jika mahu sokongan mutlak DAP di kemudian hari?

Krisis pelantikan Menteri Besar tiga bulan lalu menyerlahkan banyak alur pemikiran politik PKR yang bersilang dan tidak sehaluan dengan orientasi politik PAS yang lantang menolak presiden PKR mengisi kerusi berkenaan.

Jika tanpa sokongan dan ketegasan DAP mungkin Selangor sudah terjerumus ke dalam kancah krisis politik yang serius dan mungkin juga menyebabkan PKR langsung kehilangan teraju pimpinan negeri berkenaan.

Sebab itu agaknya, DAP kini cuba mengukur betapa dalamnya rasa terhutang budi PKR kepadanya sekaligus betapa kentalnya peribadi dan keyakinan Azmin Ali berhubung takrif tahaluf siyasinya dalam Pakatan Rakyat.

*Benarkah Azmin berjanji dengan DAP?

Sesungguhnya DAP sedar memang sejak mula memegang jawatan Menteri Besar September lalu, Azmin sudah menetapkan ada empat wakil PKR dalam barisan exco, tiga dari DAP dan tiga lagi dari PAS.

Tujuannya jelas. Azmin mahu memperkukuhkan kedudukan PKR dalam urusan kerajaan negeri. Namun satu perkara tidak jelas, benarkah Azmin sedia berkompromi dengan DAP mewujudkan jawatan Timbalan Speaker kedua?

DAP faham bahawa langkah Azmin itu tidak sedikitpun menjejaskan DAP. Ia masih ada tiga kerusi Exco dan wakilnya, Hannah Yeoh, tetap memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Yang berubah ialah bilangan exco PAS. Daripada empat tinggal tiga. Bagaimanapun Azmin memberikan komitmen bahawa kekurangan itu diganti dengan kerusi Timbalan Speaker untuk PAS.

Kerusi berkenaan dikosongkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik menjadi exco keempat partinya.


DAP mula tagih budinya dibalas

Namun DAP merumuskan bahawa sebagai tanda berterima kasih dan membalas budi politiknya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR harus mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Speaker khusus untuk DAP.

Ini meletakkan Azmin dalam keadaan serba salah. Adakah DAP awal-awal lagi mahu memasung kebijaksanaan politiknya dengan membuat tuntutan demikian? Adakah itu satu cara menduga keberanian politiknya?


Atau, adakah DAP sebenarnya mahu mendedahkan bahawa Azmin memang ada berjanji kepada untuk memberi DAP layanan istimewa itu? Lantas, adakah gesaan DAP itu satu tuntutan yang wajar?

Cuma Azmin yang patut mengesah atau menafikan dakwaan DAP itu. Namun jika diperhatikan cara DAP menuntut jawatan Timbalan Speaker II itu, ia membayangkan seolah-olah Azmin memang benar membuat janji sedemikian.

Jika tidak dikotakan, ia adalah petanda tidak baik bagi kelangsungan hubungan DAP-PKR pula.

Sebaliknya, jika Azmin tidak pernah berjanji, maka Azmin seharusnya perlu berhati-hati terhadap DAP yang secara tidak langsung telah memfitnahnya!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana