DAP mahu Kerusi Timbalan Speaker untuk halang Hudud?

KUALA LUMPUR – DAP mendedahkan tindakan parti itu mendesak kerajaan Selangor supaya melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi Timbalan Speaker DUN kerana mahu menghalang pendirian PAS dalam isu hukum hudud.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat pendedahan itu dalam satu kenyataan semasa membandingkan ketegasan parti itu dalam pakatan pembangkang berbanding MCA dan Gerakan dalam Barisan Nasional (BN).

“Tidak seperti kedua-dua parti itu DAP sangat konsisten menentang pelaksanaan hukum hudud termasuk oleh PAS. DAP telah menunjukkan kami berpegang kepada janji untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

“Antara petunjuk komitmen DAP itu dengan mencalonkan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim untuk jawatan Timbalan Speaker DUN menentang calon PAS baru-baru ini,” dedahnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Guan Eng mengulangi jaminan bahawa parti itu tetap konsisten dalam perjuangnnya menentang pelaksanaan hukum hudud oleh mana-mana pihak termasuk sekutunya dalam pakatan pembangkang, PAS.

DAP Selangor sebelum ini menuntut Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor kepada parti itu kerana menunjukkan kesetiaan penuh kepada pakatan pembangkang semasa krisis jawatan Menteri Besar lima bulan lalu.

Isnin minggu lalu, ADUN Bangi daripada PAS, Mohd Shafie Ngah dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor selepas mendapat undi majoriti ahli Dewan. – mynewshub.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana